Lokasi baharu Kompleks ICQS Pengkalan Hulu dimuktamadkan Mei ini

GERIK – Lokasi baharu pembinaan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Berapit, Pengkalan Hulu yang lebih hampir dengan pintu sempadan Malaysia-Thailand akan dimuktamadkan pada Mei ini.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri  Shamsul Anuar Nasarah berkata, secara prinsipnya Kementerian bersama Kerajaan Negeri Perak sudah bersetuju dan kini dalam peringkat akhir perbincangan.

Menurutnya, terdapat beberapa lokasi yang dicadangkan dan keputusan  sedang dibuat KDN bersama kerajaan Perak melalui Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN).

“Setakat ini, secara prinsip sudah dipersetuju melibatkan lokasi, isu teknikal, bajet dan yang berkaitan.

“Bagaimanapun, jika pembinaan bangunan berhampiran pintu sempadan, kawasan  tersebut berbukit-berbukit dan bajet yang diperlukan lebih sedikit, jadi perlu buat dekat.

“Sebab itu ICQS baru perlu dibuat bagi menyelesaikan soal kesesakan, warga asing mudah bolos dan sebagainya. Kerana itulah ada usaha untuk pindah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena lawatan kerja dan Majlis Ramah Mesra bersama warga Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pengkalan Hulu dan Pesara Polis di sini, pada Isnin.

Lokasi baharu Kompleks ICQS Pengkalan Hulu dimuktamadkan Mei ini
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah beramah mesra dengan pesara polis ketika menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Warga Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pengkalan Hulu dan Pesara Polis Sempena Lawatan Kerja di IPD Pengkalan Hulu. Foto ABDULLAH YUSOF, 15 APRIL 2024.

Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris dan Ketua Polis Daerah Pengkalan Hulu, Deputi Superintenden Zulkepli Ibrahim.

Sebelum ini, keputusan untuk membina bangunan baharu ICQS dicapai dalam mesyuarat Jawatankuasa Pemantapan Kawalan Sempadan Negara yang turut dihadiri Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution pada 11 April tahun lalu menerusi Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13).

Kedudukan ICQS Bukit Berapit sekarang yang berjarak 700 meter daripada pintu sempadan antarabangsa menyebabkan isu pencerobohan dan penyeludupan sama ada ke luar atau ke dalam negara kerap berlaku. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Kes tembak KLIA: Rakyat tak perlu bimbang, kawalan pintu sempadan dipertingkatkan

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI