IPOH – Kerajaan Negeri Perak akan mempertimbangkan untuk menanggung kos membawa pulang lebih 200 khazanah kitab turath tulisan ulama Nusantara sejak tahun 1920 yang dikumpul seorang pelajar Malaysia di Universiti Al-Azhar, Mesir.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan negeri untuk membantu pelajar di bawah tajaan Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak (MAIPk) itu. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak