Kejohanan FIRA Malaysia ke-17 lahir graduan berkualiti, berdaya saing

BEHRANG – Kejohanan FIRA Malaysia Cup 2024 kali ke-17 anjuran Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPKK) telah berlangsung bermula 21 April hingga 26 April lalu.

Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) yang menjadi tuan rumah penganjuran tahun ini  melibatkan seramai 978 peserta daripada 27 politeknik dan kolej komuniti (POLYCC) seluruh negara.

Kejohanan FIRA Malaysia Cup 2024 kali ke-17 melibatkan 978 peserta daripada 27 politeknik dan kolej komuniti

Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Dr Mohd Zahari Ismail berkata, penganjuran ini merupakan satu manifestasi Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan JPPKK untuk melahirkan pelajar dan graduan yang berkualiti dan berdaya saing.

“Kerjasama positif dan efektif yang terjalin dengan pelbagai industri di luar sana telah memberi faedah dua hala dalam pelbagai bidang, termasuk teknologi robotik.

“Ini merupakan usaha positif Jabatan ini ke arah merangsang perkongsian idea, maklumat dan pengalaman knowledge sharing,” katanya melalui kenyataan media, pada Ahad.

Sebanyak sembilan kategori dipertandingkan tahun ini iaitu Simurosot, AiBot, HuroCup, MyBot, Robosot, Androsot, Air Drone, Business and Innovation dan Autonomous Car.

Majlis Kejohanan FIRA Malaysia ke-17 Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti JPKK Politeknik Sultan Azlan Shah PSAS Behrang Perak POLYCC peserta
Kejohanan FIRA Malaysia Cup 2024 kali ke-17 melibatkan 978 peserta daripada 27 politeknik dan kolej komuniti

‘Autonomous Car Challenge’ merupakan kategori baharu yang diperkenalkan dalam kejohonan kali ini dan program mySTEM diperkasakan lagi pelaksanaannya.

Selain itu, beberapa aktiviti turut dilakukan sepanjang kejohanan berlangsung seperti pameran industri, aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR), seminar dan bengkel perkongsian ilmu dan sebagainya.

Tambah Zahari, POLYCC mendukung usaha kerajaan dalam memaksimumkan penggunaan teknologi AI dan robotik di Malaysia.

“Ia berpotensi mencipta peluang ekonomi di Malaysia dalam meningkatkan produktiviti dan mengurangkan kos.

“Ini terbukti dengan usaha JPPKK dalam membantu pelajar membina nama dan mencipta kemahiran robotik dengan kreativiti luar biasa,” ujar beliau – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

500 sukarelawan JPPKK sertai CSR Rahmah Tambun

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI