NRES teliti keperluan meminda Akta Pembangunan Mineral 1994 termasuk NR-REE

IPOH – Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) sedang meneliti keperluan untuk meminda Akta Pembangunan Mineral 1994 bagi memenuhi keperluan termasuk berkaitan unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE).

Menterinya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, bagaimanapun perkara itu perlu dilihat secara menyeluruh sebelum akta itu dipinda.

“Sebab kalau kita tengok Akta Pembangunan Mineral ini perlu kita perbaiki, untuk apa yang kita nak laksanakan.

“Ini bagi memastikan kita tidak hanya eksport bijih mentah tetapi ada pemprosesan bijih-bijih strategik ini di dalam negara yang perlu ada beberapa pelarasan. Tapi kita percaya ia boleh dibuat dalam kerangka perlembagaan yang ada,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Perasmian Sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Kebangsaan Tahun 2024 di Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru, di sini, pada Selasa yang disempurnakan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Turut berangkat Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim; Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa; Raja Puan Besar Perak, Raja Nazhatul Shima Sultan Idris A’fifullah Shah; Raja Di Hilir, Raja Iskandar Dzurkarnain Sultan Idris A’fifullah Shah dan Raja Puan Muda Perak, Tunku Soraya Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Hadir sama, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.

Terdahulu, Nik Nazmi berkata, satu pertemuan melibatkan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Kementerian Ekonomi serta jabatan-jabatan berkaitan baru-baru ini.

Pertemuan itu bagi membincangkan mengenai pembangunan kerangka model perniagaan NR-REE negara serta cadangan penubuhan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk meneroka dan mengawal selia industri tersebut. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Empat kementerian bincang model perniagaan NR-REE

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI