Perak akan perhalusi Akta Perhutanan Negara 2022

IPOH – Kerajaan Negeri Perak akan mengkaji dan memperhalusi Akta Perhutanan Negara 2022 sebelum diguna pakai di dalam enakmen negeri.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, Perak merupakan antara negeri yang mempunyai keluasan hutan terbesar termasuk Royal Belum.

“Perak, Pahang dan Johor, kita punya hutan besar berbanding Perlis, Pulau Pinang apa lagi mereka tiada hutan.

“Kita ada Royal Belum, jadi kita ada keperluan untuk melihat kajian terlebih dahulu. Jad,i kita memperhalusi pindaan Akta Perhutanan 2022 itu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan majlis penyerahan Dana Kreatif Perak@PORT atau DKP kepada penggiat seni dan usahawan kreatif Negeri Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini, pada Khamis.

Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) pada Selasa berharap supaya negeri-negeri lain mengikut jejak langkah Perlis yang telah menerima Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 2022 sebagai Enakmen Perhutanan (Pemakaian) di negeri masing-masing. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Akta Perhutanan Negara: Negeri lain wajar contohi Perlis

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI