Perak FC kecam serangan terhadap Faisal, Akhyar

IPOH – Perak FC mengecam insiden serangan yang menimpa dua pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim dan Akhyar Rashid baru-baru ini.

Dalam satu hantaran di laman Facebook, skuad The Bos Gaurus itu juga berharap tindakan tegas dapat diambil pihak berkuasa kepada pelaku.

“Kami sedih dengan insiden yang menimpa dua pemain harapan negara ini dan kami harap Polis Diraja Malaysia (PDRM) dapat melakukan siasatan terperinci.

“Kami mendoakan Akhyar dan Faisal dipermudahkan urusan dan lekas sembuh bagi kembali mengharumkan nama negara dalam sukan bola sepak,” katanya melalui hantaran ringkas pada Isnin.

Media sebelum ini melaporkan, Akhyar diserang menggunakan cota selepas pulang daripada sesi latihan bersama Terengganu FC di Kuala Terengganu minggu lalu sehingga memerlukan jahitan di kepala.

Sementara Faisal, dihampiri dua individu bermotosikal tidak dikenali sebelum disimbah asid ketika berada di pusat beli belah di Damansara, pada Ahad.

Pemain Selangor FC itu kemudian dikejarkan ke sebuah hospital swasta di Petaling Jaya dan keadaannya dilaporkan stabil.

Susulan itu, polis berjaya menahan seorang lelaki berusia lingkungan 20-an di Pandan Indah, Ampang pada Isnin bagi membantu siasatan membabitkan pemain bola sepak negara itu.

Sementara Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dilapor menafikan dakwaan serangan terhadap dua pemain bola sepak itu dikatakan mempunyai kaitan dengan pengendali pertaruhan atau ‘bookie’ yang mengatur keputusan perlawanan. -MG Perak

 

Arikel Berkaitan:

Suspek serang Faisal Halim direman hari ini

Tunku Ismail kecam insiden serangan terhadap Faisal, Akhyar

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI