RM134 juta untuk naik taraf tandas SBK – Kah Woh

TAIPING – Kementerian Pendidikan (KPM) memperuntukkan lebih RM134 juta bagi menaik taraf dan menyelenggara tandas di semua 1,919 Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK) tahun ini.

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, bantuan akan disalurkan dalam tempoh terdekat dengan dengan setiap sekolah akan menerima dana dianggarkan sebanyak RM70,000.

Menurutnya, peruntukan itu sama sebagaimana disalurkan KPM penyelenggaraan tandas sekolah demi keselesaan pelajar seluruh negara pada tahun lalu.

Tandas sekolah SBK sekolah bantuan kerajaan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan SABK taiping Kementerian Pendidikan KPM Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh
Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh pada sidang media ketika hadir melakukan lawatan kerja di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Maahad Al-Khair Lil Banat, Kamunting, pagi ini. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 10 MEI 2024.

“Ketika ini kita sedang menjalankan proses melibatkan tatacara kewangan, yang mana selepas ia dipenuhi, barulah peruntukan akan disalurkan kepada setiap sekolah itu bagi tujuan penyelenggaran tandas,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada program Lawatan Kerja Timbalan Menteri Pendidikan ke Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Maahad Al-Khair Lil Banat, di Kamunting, dekat sini, pada Jumaat.

Tandas sekolah SBK sekolah bantuan kerajaan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan SABK taiping Kementerian Pendidikan KPM Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh
Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh beramah mesra bersama pelajar ketika hadir melakukan lawatan kerja di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Maahad Al-Khair Lil Banat, Kamunting, pagi ini. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 10 MEI 2024.

Selain itu, Kah Woh memberitahu, peruntukan yang disalurkan itu juga turut meliputi tandas-tandas di sekolah dalam kategori SABK.

“Sebelum ini peruntukan naik taraf dan menyelenggara tandas disalurkan kepada sekolah kerajaan sahaja, maka pada tahun ini, sudah sampai masa untuk kita agihkan juga kepada SBK,” katanya lagi.

Sehingga 20 Mac lalu, sejumlah 8,354 tandas sekolah telah dibaiki dengan peruntukan berjumlah RM654.29 juta.

Ia merupakan inisiatif kerajaan di bawah Projek Penyelenggaraan Tandas Sekolah yang memberi manfaat kepada lebih lima juta pelajar seluruh negara. – MG Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI