Serangan balai polis: KPWKM sedia khidmat kaunseling kepada keluarga ikut keperluan

TAPAH – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menyediakan khidmat kaunseling kepada keluarga dua anggota polis yang terkorban dalam serangan berdarah di Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru, Jumaat lalu.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, khidmat kaunseling melalui Jabatan kebajikan Masyarakat (JKM) itu akan diadakan mengikut keperluan sehingga kedua-dua ahli keluarga mampu menjalani kehidupan harian seperti biasa.

Serangan balai polis ulu tiram Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat KPWKM sedia khidmat kaunseling kepada keluarga ikut keperluan Datuk Seri Dr Noraini Ahmad Ahmad Azza Fahmi Azhar
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Noraini Ahmad menyantuni waris Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar yang maut dalam serangan Balai Polis Ulu Tiram, di kediaman ahli keluarga Allahyarham di Kampung Poh Tambahan, Bidor.

“Kami dimaklumkan ketika ini pihak sekolah juga ada menyediakan kaunseling (kepada ahli keluarga Allahyarham Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar) .

“Kementerian akan menyusul kemudian dan akan melaksanakan khidmat kaunseling ini untuk membantu menenangkan mereka.

“Mereka baru sahaja kehilangan (ahli keluarga masing-masing). Dan tadi, ibu kepada arwah memberitahu bahawa dia masih teringat akan anaknya itu sehingga ke hari ini apabila dia bersendirian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menziarahi waris Allahyarham Konstabel Ahmad Azza Fahmi di kediaman keluarga di Kampung Poh Tambahan, Bidor dekat sini, pada Rabu.

Hadir sama, Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Behrang, Salina Samsudin.

Pada ziarah berkenaan, Noraini menyampaikan sumbangan berjumlah RM3,000 melalui Yayasan Kebajikan Negara di bawah Skim Pemberian Ehsan, serta barang keperluan asas.

Ia merupakan ziarah kedua susulan kunjungan ke kediaman waris seorang lagi anggota polis yang maut dalam kejadian sama di Gambang, dekat Kuantan, Pahang pada Selasa.

Serangan balai polis ulu tiram Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat KPWKM sedia khidmat kaunseling kepada keluarga ikut keperluan Datuk Seri Dr Noraini Ahmad Ahmad Azza Fahmi Azhar
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Noraini Ahmad menyantuni waris Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar yang maut dalam serangan Balai Polis Ulu Tiram, di kediaman ahli keluarga Allahyarham di Kampung Poh Tambahan, Bidor.

Sementara itu, Noraini memberitahu, hasil ziarah beliau setakat ini mendapati kedua-dua ahli keluarga masih berada dalam keadaan sedih, namun emosi itu masih terkawal.

“Saya lihat emosi mereka masih terkawal tetapi sedih, rasa kehilangan itu ada hinggakan mereka buat keputusan untuk tengok balik tempat kejadian.

“Malah keluarga mangsa di Gambang juga ingin datang ke sini (Bidor) dan meminta menyampaikan salam.

“Walaupun mereka kata okey dengan sembunyikan perasaan bergurau dan berjenaka tetapi hati manusia, kita pun tak tahu,” katanya lagi.

Dalam kejadiann awal pagi Jumaat lalu, Konstabel Ahmad Azza Fahmi, 22, dan Allahyarham Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24, terkorban dalam serangan berdarah di Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru.

Allahyarham Ahmad Azza Fahmi selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Poh, Bidor di Perak pada Sabtu lalu, manakala Allahyarham Muhamad Syafiq pula dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam 8, Jalan Gambang, Kuantan di Pahang hari yang sama.

Seorang lagi anggota, Koperal Mohd Hasif Roslan yang turut terbabit dalam kejadian itu parah, namun kini stabil dan masih dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI).

Pada Isnin, Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor memutuskan kematian dua anggota polis itu sebagai syahid akhirat berikutan kematian mereka ketika mempertahankan keselamatan serta kepentingan negara. -MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

KDN perlu beri jaminan keselamatan susulan insiden serangan balai polis

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI