Banjir terburuk pernah berlaku, air naik hingga paras pinggang

PARIT: Hujan lebat luar biasa serta limpahan air Sungai Sadang, menyebabkan kediaman lebih 200 penduduk di Kampung Serapoh dan Kampung Buloh Akar, di sini, dinaiki air sehingga paras pinggang.

Malah kejadian banjir berkenaan disifatkan yang paling buruk pernah berlaku di kawasan tersebut sehingga penduduk kampung tidak sempat menyelamatkan barang-barang di kediaman mereka.

Penduduk Kampung Serapoh, Hawariah Yusof, 67, berkata, kejadian bermula dengan hujan lebat bersama ribut petir sekitar jam 6 petang hingga menyebabkan sebatang pokok tumbang disebelah kediaman anaknya.

Hawariah Yusof

Katanya, namun pada jam 8 malam air mula melimpah masuk ke kediamannya serta anaknya dengan pantas hingga mereka tidak sempat menyelamatkan barang-barang elektrik, almari dan sofa.

“Sebelum ini pernah banjir dua tahun lalu tapi setakat buku lali sahaja di luar rumah, tapi kali ini kami sangat terkejut kerana air masuk dalam rumah hingga paras lutut.

“Tidak pernah banjir seteruk ini sepanjang sayal tingga di kampung ini puluhan tahun dan kami sekeluarga masih termenung memikirkan banyak barang yang rosak dan bagaimana nak cuci rumah nanti,” katanya kepada MG Perak.

Bagi Penduduk Kampung Buloh Akar, Mohd Zaki Mohd Hussin, 64, banjir sering berlaku di kawasan kediamannya itu namun air tidak masuk hingga ke dalam rumah.

Katanya, dia dan aak-anak sudah biasa setiap kali hujan akan bersedia namun ia berbeza pada petang semalam apabila air menderu masuk ke kediaman tanpa mereka sempat berbuat apa-apa.

“Hujan dari jam 6 petang dan tiba-tiba air terus mendadak masuk dan kami hanya sempat ambil dokumen penting seperti kad pengenalan diri dan kemudian keluar menyelamatkan diri.

“Air banjir kali ini bukan sahaja dalam malah laju takut kami kalau dihanyutkan jadi saya terpaksa duduk di tepi jalan masuk sahaja demi keselamatan,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan undangan Negeri (ADUN) Belanja, Khairudin Abu Hanipah turun meninjau situasi banjir di Kampung Serapoh dan Kampung Buloh Akar di sini, malam tadi.

Ahli Dewan undangan Negeri (ADUN) Belanja, Khairudin Abu Hanipah membantu memindahkan mangsa banjir.

Beliau berkata, hujan lebat sejak petang menyebabkan air naik hingga ke paras pinggang di kediaman penduduk kampung dan mangsa yang terlibat dipindahkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Simpang Tiga.

“Untuk makluman banjir yang berlaku petang tadi akibat hujan agak lebat sekitar jam 6.30 petang di mana aliran air dari Beruas agak banyak dan menyebabkan kejadian banjir di dua kampung ini.

“Kerja-kerja memindahkan mangsa banjir khususnya dalam kalangan warga emas dan orang kelainan upaya untuk ditempatkan di PPS SK Simpang Tiga telah digerakkan.

“Sama-sama kita doakan banjir yang berlaku cepat surut dan segala urusan dipermudahkan,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI