Keindahan flora dan fauna di Batu Gajah telah menambat hati pereka fesyen kelahiran Belanda, Lisette Scheers dan memutuskan untuk melebarkan sayap perniagaannya di sini.
Beliau yang menetap di Malaysia sejak lebih 50 tahun itu berkata, ia merupakan cawangan Nala Designs Sdn bhd (Nala) yang kelima selepas di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.
Menurutnya, beliau yakin perniagaan yang diasaskannya itu akan diterima baik dalam kalangan pasaran setempat.