Kerajaan Perak sedia beri bantuan kepada pelajar cemerlang

GERIK – Kerajaan Negeri Perak bersedia memberikan bantuan kepada Muhammad Asyraf Mohd Abdul Aziz, 29, pelajar Malaysia pertama yang menamatkan pengajian dengan cemerlang di peringkat sarjana daripada Kuliah Ulum Islamiah dari Universiti Al-Azhar, Mesir pada tahun lalu.

Anak kelahiran Kampung Parit Abbas, Kuala Kurau itu memperoleh Ijazah Sarjana dalam bidang Hadis dengan pangkat Mumtaz namun terpaksa menangguhkan pengajian akibat kekangan kewangan.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, memandangkan pelajar berkenaan ditaja Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) pihaknya akan mengadakan perbincangan lanjut berhubung pemberian bantuan tersebut.

“Dia adalah pelajar tajaan MAIPk dan akan berbincang dengan mereka. InsyaAllah kita pun bersedia jika ada mana-mana orang yang menunjukkan kecemerlangan. Kenapa tidak?,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Program One Stop Centre Sejahtera Sosial Negeri Perak Daerah Hulu Perak di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Gerik di sini pada Ahad.

Muhammad Asyraf pernah meluahkan hasrat untuk menyambung pengajian ke peringkat seterusnya jika mempunyai dana yang mencukupi.

Beliau berjaya lulus munaqasyah atau viva di hadapan tiga panel iaitu Pensyarah Hadis dan Ulum Hadis, Ketua Usuluddin dan Mantan Wakil Dekan Fakulti Dirasat Islamiyyah, Universiti Al-Azhar, Prof Dr Subhi ‘Abdul Fattah Sayyid Rabi’; Pensyarah Hadis dan Ulum Hadis Fakulti Usuluddin, Universiti Al-Azhar, Kaherah; Mantan Dekan Fakulti Usuluddin Bur Sa’id dan Dumyat, Prof Dr  Muhammad Nasr ad-Dusuqi al-Labban serta Pensyarah Hadith dan Ulum Hadith, Wakil Dekan Fakulti Dirasat Islamiyyah, Universiti Al-Azhar, Prof Dr Nadi Abdullah Muhammad.

Sidang yang berlangsung selama 3 jam 30 minit membahaskan tajuk tesis berkenaan yang turut dihadiri oleh pegawai-pegawai dari Kedutaan Besar Malaysia Kaherah, Atase Pendidikan Negeri Perak; Mohammed Tasyreef Mohamd Tarmizi; Atase Agama JAKIM, Ameer Ikhwan Zaini serta rakan-rakan mahasiswa dari pelbagai negara. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

545 pelajar terima manfaat biasiswa MAIPk

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI