MGPerak: Penjaja Chee Cheong Fun Didakwa Bunuh Isteri

234

Penjaja chee cheong fun yang dipercayai memukul dan menikam isterinya sehingga mati dalam kejadian di Kampung Simee, di sini, Rabu lalu dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh pada Jumaat atas pertuduhan membunuh.

Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh Wong Choon Foo, 56, yang mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret S Punitha.

Berdasarkan pertuduhan, lelaki terbabit didakwa dengan sengaja melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian ke atas Yew Mee Foong, 48.

#malaysiagazetteperak #mgperak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini