IPOH – Seorang wanita warga emas ditemukan mati lemas dipercayai terjatuh ke dalam sungai ketika memancing di Sungai Kinta berhampiran Taman Desa Aman, di sini, pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata pihaknya menerima laporan berhubung insiden tersebut kira-kira jam 4.31 petang.
Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa berusia 67 tahun itu ditemui dalam keadaan terapung sambil memegang jalan oleh orang awam yang ingin memancing ikan di tepi sungai tersebut.
“Pemeriksaan di sekitar tempat kejadian tidak menjumpai kesan perlakuan jenayah kecuali sebuah basikal dipercayai milik mangsa yang berada di atas tebing sungai tersebut.
“Selain itu, pemeriksaan awal pada badan mangsa juga tidak menemui kesan cedera atau foul play,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.
Beliau berkata, setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
“Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk dibedah siasat pada esok pagi. – MG Perak
[…] Wanita warga emas maut terjatuh ketika memancing […]