BATU GAJAH – Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenaan merasmikan Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia (ABPM) Wilayah Utara, Tronoh, dekat sini, pada Selasa.
Turut berangkat, Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim; Raja Dihilir Perak, Raja Iskandar Dzurkarnain serta Raja Puan Muda Perak, Tunku Soraya Abdul Halim Mu’adzam Shah.
Hadir mengiringi keberangkatan baginda, Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, serta Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Nor Hisham Mohammad.
Pada majlis, Sultan Nazrin berkenan melafazkan titah perasmian ABPM Wilayah Utara sebelum menandatangani plak perasmian bagi menyempurnakan acara itu.
Baginda dan tetamu turut disaksikan dengan simulasi operasi penyelamatan pasukan bomba di darat, di air serta lintas hormat unit udara bomba.
Sebelum berangkat pulang, Sultan Nazrin dan Tuanku Zara berkenaan melawat ke ruang pameran yang diadakan di bangunan ABPM Wilayah Utara.
Akdemi dibina dengan kos RM40 juta itu siap pada tahun 2014 dan beroperasi dengan kekuatan 50 pegawai yang diketuai oleh seorang komandan iaitu Pegawai Bomba Gred KB48.
ABPM Wilayah Utara merupakan antara lima akademi dalam negara iaitu ABPM Wilayah Tengah di Selangor, ABPM Wilayah Timur di Terengganu, ABPM Wilayah Sabah dan ABPM Wilayah Sarawak.
Akademi berkenaan dilengkapi dengan pembangunan fasiliti seperti simulator Compartment Fire Behaviour Training (CFBT), Breathing Apparatus Training Gallery (BATG), Rel Kereta Api dan Simulator Tumpahan Gas.
Di samping itu, ABPM Wilayah Utara turut menyediakan latihan penyelamatan di air seperti kursus pengendalian bot dan pemantapan latihan bagi pasukan khas Pasukan Penyelamatan di Air (PPDA).
Justeru, akademi yang terletak di Lebuhraya Ipoh – Lumut itu dijadikan sebagai hub dan pusat kecemerlangan bagi latihan penyelamatan di air pasukan bomba. – MG Perak
Artikel Berkaitan: