WCIT 2024: Saarani hadir sesi bual bicara soal rakyat Palestin

IPOH – Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad hadir ke sesi bual bicara menyentuh soal perjuangan rakyat Palestin pada Persidangan Pemikiran dan Tamadun Islam Sedunia (WCIT) 2024 di Pusat Konvensyen Casuarina@Meru, dekat sini, pada Selasa.

Sesi yang bertajuk ‘Suara Keadilan: Wawasan Naledi Pandor Terhadap Perjuangan Rakyat Palestin’ itu menampilkan speaker, bekas Menteri Hubungan Antarabangsa dan Kerjasama Afrika Selatan, Dr Grace Naledi Mandisa Pandor.

Sementara Ketua Pegawai Eksekutif Institut Darul Ridzuan (IDR), Dr Maisarah Ahmad berperanan sebagai moderator.

Saarani Perak menteri besar afrika selatan Naledi Pandor palestin israel bual bicara
Bekas Menteri Hubungan Antarabangsa dan Kerjasama Afrika Selatan, Dr Grace Naledi Mandisa Pandor ketika program bual bicara pada Persidangan Pemikiran dan Tamadun Islam Sedunia (WCIT) 2024 di Pusat Konvensyen Casuarina, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 30 JULAI 2024.

Saarani yang hadir bersama isteri, Datin Seri Aezer Zubir, mendengar perkongsian yang disampaikan Naledi Pandor selama kira-kira satu jam.

Selepas tamat, Saarani turut menyampaikan cenderamata berbentuk replika labu sayong berwarna kuning kepada tokoh politik yang juga ahli akademik dari Afrika Selatan itu.

Terdahulu semasa sesi bual bicara itu, Naledi menyifatkan perjuangan dan kesengsaraan yang sedang dihadapi rakyat Palestin amat dekat dengan jiwa warga Afrika Selatan.

Saarani Perak menteri besar afrika selatan Naledi Pandor palestin israel bual bicara
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad menyampaikan cenderahati kepada bekas Menteri Hubungan Antarabangsa dan Kerjasama Afrika Selatan, Dr Grace Naledi Mandisa Pandor pada Persidangan Pemikiran dan Tamadun Islam Sedunia (WCIT) 2024 di Pusat Konvensyen Casuarina, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 30 JULAI 2024.

Kata beliau, bersandarkan kepada semangat itu, Afrika Selatan telah mengheret negara haram Israel ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada Januari lalu atas kekejaman yang dilakukan itu.

“Walaupun saya antara pihak yang terlibat, namun cadangan untuk Afrika Selatan mendakwa Israel ke ICJ adalah keputusan pihak kerajaan ketika itu. Dan disebabkan itu saya juga telah menjadi sasaran kepada pihak yang tidak berpuas hati kepada keputusan berkenaan.

“Ketika ini saya tidak lagi berada dalam kerajaan, dan tidak tahu apa akan berlaku seterusnya. Namun ada usaha seolah-olah mahu memberi tekanan kepada kami (di Afrika Selatan),” katanya.

Saarani Perak menteri besar afrika selatan Naledi Pandor palestin israel bual bicara
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad bergambar bersama peserta ketika hadir bual bicara bersama bekas Menteri Hubungan Antarabangsa dan Kerjasama Afrika Selatan, Dr Grace Naledi Mandisa Pandor pada Persidangan Pemikiran dan Tamadun Islam Sedunia (WCIT) 2024 di Pusat Konvensyen Casuarina, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 30 JULAI 2024.

Menurut Naledi, rakyat Afrika Selatan percaya semua manusia adalah sama dan berhak dilayan dengan adil tanpa ada sebarang diskriminasi.

“Lebih 300 tahun kami berhadapan dengan diskriminasi kaum di tanah air sendiri. Dan disebabkan itu, kini kami percaya kepada kepentingan hak terhadap setiap manusia di atas muka bumi ini,” katanya lagi.

Bekas Menteri Hubungan Antarabangsa dan Kerjasama Afrika Selatan, Dr Grace Naledi Mandisa Pandor ketika program bual bicara pada Persidangan Pemikiran dan Tamadun Islam Sedunia (WCIT) 2024 di Pusat Konvensyen Casuarina, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 30 JULAI 2024.

Untuk rekod, Naledi yang beragama Islam tidak lagi menjadi menteri susulan kekalahan parti yang dianggotaninya Parti Kongres Kebangsaan Afrika (ANC) pada pilihan raya negara itu Mei lalu.

Sewaktu menjawat jawatan Menteri Hubungan Antarabangsa dan Kerjasama Afrika Selatan dari Mei 2019 sehingga Jun 2024, tokoh politik wanita itu dilihat sebagai individu yang tegas dalam mengecam keganasan Israel terhadap Palestin. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

WCIT platform terbaik bincang permasalahan dunia Islam – Jusuf Kalla

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI