Banjir: 15 mangsa ditempatkan di dua PPS

TANJUNG MALIM – Seramai 15 mangsa banjir kilat dari empat keluarga di Muallim ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) dekat sini, pada Ahad.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak berkata, dua PPS berkenaan adalah Dewan Kampung Pauh Behrang Stesen dan SMK Khir Johari.

“PPS Dewan Kampung Pauh Behrang Stesen yang dibuka pada jam 11 pagi menempatkan lima mangsa masing-masing dari Kampung Sri Behrang, Kampung Lambak, dan Kampung Kelawar.

“Sementara PPS SMK Khir Johari menempatkan 10 mangsa dari tiga keluarga dari Kampung Ketoyong sejak ia mula dibuka pada jam 12.15 tengah hari,” katanya dalam satu kenyataan, pada Ahad.

Banjir 15 mangsa ditempatkan di dua PPS banjir kilat pusat pemindahan sementara tanjung malim

Operasi pemindahan mangsa banjir oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) ke pusat pemindahan sementara (PPS) di SMK Khir Johari, Tanjung Malim. Foto IHSAN APM

Dalam pada itu katanya, situasi di lokasi adalah cuaca hujan lebat dan berdasarkan kepada maklumat daripada Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), ia dijangka berterusan sehingga jam 4 petang ini.

Selain itu ujarnya, paras air di Sungai Slim di Slim River dalam daerah Muallim berada paras normal iaitu 24.42 meter.

Dalam kenyataan sama, dimaklumkan dua jalan iaitu FT 004 Jalan Raya Timur Barat (Kupang Gerik-Jeli) di Hulu Perak dan FT 1152 Felda Trolak Selatan, di Batang Padang masing-masing dibuka satu lorong akibat kejadian tanah runtuh.

“Jalan FT 73 Jalan Siputeh – Batu Hampar di Perak Tengah turut terjejas akibat tanah runtuh dan oleh itu penutupan jalan melibatkan satu lorong sedang dilaksanakan,” katanya lagi. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

18 rumah terjejas banjir kilat

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI