MBI nafi penguat kuasa arah peniaga ‘jaga’ Dataran MBI

IPOH – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) menafikan anggota penguat kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) terbabit mengarahkan seorang peniaga untuk ‘menjaga‘ Dataran MBI supaya peniaga lain tidak boleh berniaga di situ seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, pihaknya sudah menyiasat perkara tersebut dan dakwaan peniaga terbabit adalah tidak benar.

Menurutnya, MBI boleh mengenakan tindakan terhadap peniaga terbabit namun pihaknya mencari solusi terbaik supaya perkara tersebut dapat diselesaikan dengan cara baik.

“Orang yang hendak meniaga ini orang susah bukan orang senang tapi bukan bermakna kita tidak tegas tetapi kita masih mempunyai ihsan.

“Ihsan ini maknanya kita tahu, orang kalau sudah sampai meniaga di tepi jalan mungkin mereka mempunyai masalah (dari segi kewangan).

“Kalau boleh saya hendak jumpa peniaga-peniaga lain ini dan kita buat penempatan semula, cari tempat lebih sesuai (untuk mereka meniaga). Ini idea kita untuk bantu orang susah.

“Sebenarnya, dalam siasatan, ia (penguat kuasa) tak wujud pun. Ini memang biasa, nama saya pun mereka ‘jual’. Macam-macamlah,“ katanya yang mengulas isu tular tersebut.

Datuk Bandar Ipoh nafi penguat kuasa arah peniaga ‘jaga’ Dataran MBI
Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin menyampaikan sijil kepada pesara Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), Shafie Yahaya pada Majlis Jasamu Dikenang MBI 2023 di Hotel Casuarina @ Meru, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 07 OGOS 2024.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri majlis Jasamu Dikenang 2023 bagi meraikan 127 pesara MBI di Pusat Konvensyen Casuarina, Meru Raya, di sini, pada Rabu.

Dalam pada itu, Rumaizi berkata, pihaknya akan mencari kawasan yang sesuai untuk dijadikan penempatan semula untuk peniaga-peniaga supaya mereka tidak bergaduh sesama sendiri sebaliknya dapat mencari rezeki dalam keadaan harmoni.

“Kita akan laksanakan di seluruh kawasan di sekitar bandar raya. Macam kita buat dekat Padang Polo, Taman Ceri, Manjoi, Klebang dan di Meru kita sudah buat penempatan semula melibatkan 57 peniaga. Tidak lama lagi akan dilaksanakan di Sungai Rapat.

“Saya cuma bagi peluang untuk mereka ‘hidup’ menerusi berniaga. Kalau hendak laksanakan undang-undang, boleh tangkap, tiada masalah tetapi ihsan itu amat penting dalam pengurusan,” jelasnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Warga emas maut: MBI jalan operasi tangkap anjing liar

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI