KPKT rancang pinda akta, hukuman berat buang sampah

KAMPAR – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dalam perancang untuk meminda Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) bagi mengenakan tindakan berat kepada individu yang sengaja membuang sampah·sehingga menjejaskan persekitaran.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, ini kerana peruntukan dan kompaun dalam akta sedia ada dilihat kurang berkesan dalam mendidik masyarakat untuk mementingkan kebersihan.

KPKT kerajaan tempatan PBT kor ming sampah hukuman khidmat masyarakat membuang sampah persekitaran pembersihan pinda akta
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming pada sidang media ketika membuat lawatan ke Pasar Awam Mambang Diawan sempena Program Sentuhan Kasih KPKT 2024 di Kampar hari ini. Foto ABDULLAH YUSOF, 10 OGOS 2024.

“KPKT sedang dalam kajian melalui Pegawai Undang-undang untuk Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) meminda peraturan ini.

“(Ia termasuk kepada cadangan) pada masa akan datang, sesiapa yang membuang sampah boleh dikenakan hukuman khidmat masyarakat seperti menyapu (sampah di) jalan, di bawah terik matahari,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Program Sentuhan Kasih KPKT 2024 Daerah Kampar di Pasar Awam Mambang Diawan, dekat sini, pada Sabtu.

KPKT kerajaan tempatan PBT kor ming sampah hukuman khidmat masyarakat membuang sampah persekitaran pembersihan akta kesalahan kaji
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming membuat lawatan ke Pasar Awam Mambang Diawan sempena Program Sentuhan Kasih KPKT 2024 di Kampar hari ini. Foto ABDULLAH YUSOF, 10 OGOS 2024.

Dalam pada itu Kor Ming memberitahu, tindakan itu disifatkan sebagai salah satu cara terbaik untuk mendidik masyarakat supaya tidak lagi membuang sampah di tempat yang tidak sepatutnya.

“Saya lihat di beberapa negara maju, apabila ada yang melakukan kesalahan, PBT akan minta mereka untuk lakukan khidmat masyarakat.

“Ia pada masa sama dapat menjimatkan kos upah pekerja pembersihan sampah di jalan. Mereka yang tidak bertanggungjawab ini suka buang sampah, maka pergilah bersih (sendiri sampah itu),” ujarnya.

Selain itu kata beliau, KPKT juga telah mengeluarkan arahan supaya PBT di seluruh negara untuk tidak memberikan potongan harga kepada kompaun yang dikeluarkan bagi kesalahan sama.

Jelasnya, kerajaan sesekali tidak berkompromi dalam soal kebersihan kerana sebagai sebuah negara yang sudah mencapai kemerdekaan 67 tahun, masyarakat seharusnya peka kepada hal berkenaan.

KPKT kerajaan tempatan PBT kor ming sampah hukuman khidmat masyarakat membuang sampah persekitaran pembersihan akta buang sampah
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming membuat lawatan ke Pasar Awam Mambang Diawan sempena Program Sentuhan Kasih KPKT 2024 di Kampar hari ini. Foto ABDULLAH YUSOF, 10 OGOS 2024.

“Pendidikan wajib sehingga umur 12 tahun dan saya percaya tak ada orang yang tidak pergi ke sekolah. Malah ramai juga yang sehingga berjaya menjejakkan kaki ke universiti.

“Dalam keadaan itu, tidak mungkin masyarakat kita tidak tahu untuk buang sampah di mana,” kata beliau lagi.

Kor Ming sebelum itu diminta mengulas berkenaan laporan sebuah akhbar tempatan yang mendedahkan isu pencemaran puntung rokok yang berlaku di kawasan pantai tumpuan pelancong di negara ini.

Laporan mendedahkan, sekurang-kurangnya 5,000 puntung rokok boleh dikumpul dengan mudah di pantai dalam tempoh satu jam, dan ia sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap kesan sampah beracun itu kepada alam sekitar. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

390 kg sampah dikutip di pantai Teluk Senangin

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI