MGPerak: Saarani Bertemu Keluarga Jaslinda, Nasihat Terus Berdoa

32

TAPAH – Keluarga kepada Jaslinda Saludin, 49, yang dilaporkan hilang ketika menyertai aktiviti pendakian di Gunung Batu Putih pada 23 Mei lalu dilihat reda dan tabah menghadapi situasi tersebut serta terus berharap mangsa dapat ditemukan dengan selamat.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, beliau sempat bertemu ahli keluarga mangsa yang kini berada di Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) Op SAR Gunung Batu Putih di Surau At-Taqwa, Stesen Janakuasa Sultan Idris II, Kuala Woh di sini hari ini bagi mengikuti perkembangan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Menurutnya, keluarga mangsa menunjukkan ketabahan dalam menghadapi ujian berkenaan selain tidak pernah putus harapan agar Jaslinda ditemukan. -MGPerak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini