PEMAKAIAN tanjak bukan sekadar perhiasan di kepala atau pelengkap busana tradisional semata-mata, malah ia menjadi lambang kepada identiti bangsa di alam Melayu sejak zaman-berzaman.
Pada setiap lipatan kain yang disulam dengan kehalusan seni, tersimpan pelbagai keunikan yang menjadikannya sebagai warisan budaya yang masih kekal hingga ke saat ini.
Menurut pengarang tanjak, Syed Ismail Syed Mat Deha, 50, setiap tanjak mempunyai cerita dan simbolisme tersendiri yang mana ia tidak hanya boleh dipandang sebagai sekadar hasil lipatan kain semata-mata. – MGPerak





