Insiden kepala air, empangan pecah Slim River: 175 individu ditempatkan di dua PPS 

TANJUNG MALIM – Seramai 175 individu melibatkan 42 keluarga yang terjejas dalam kejadian kepala air dan empangan pecah di Slim Village, Slim River di sini, ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) sejak malam tadi.

Dua PPS tersebut adalah di Masjid Jamek Kampung Pasir Sungai Muda dan Masjid Jamek Slim Village.

Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, sejak malam tadi berlaku empat runtuhan jambatan yang dilalui oleh air daripada sungai tersebut dan ini menyebabkan laluan utama terputus yang menghubungkan kampung-kampung terlibat.

Menurutnya, susulan kejadian itumenyebabkan ada keperluan untuk kita menyelamatkan mangsa yang terperangkap.

“Pada ketika itu berlaku hujan lebat dan pergerakan kepala air daripada atas bukit yang melalui sungai serta hujan berterusan hingga ke lewat tengah malam.

“Keadaan itu menyebabkan kandungan air melimpah dan ketika berlaku kepala air, didapati banyak kayu-kayu, sampah sarap terperangkap di jambatan-jambatan yang menyebabkan laluan air di sungai utama telah terhalang oleh longgokkan kayu dan sampah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media ketika melakukan tinjauan di Jambatan Slim River – Behrang Ulu pada Sabtu.

Dalam pada itu, Azizi berkata, pihaknya akan masuk ke fasa kedua iaitu menentukan rumah-rumah yang ditinggalkan mangsa seramai 175 orang yang kini berada di dua PPS berada dalam keadaan selamat.

“Kita akan memastikan rumah-rumah yang ditinggalkan mangsa berada dalam keadaan selamat dan tiada penjenayah yang menceroboh ke kawasan mereka.

“Selain itu, rondaan akan dilakukan secara berkala oleh pihak Ibu Pejabat Polis Daerah Muallim.

“Sehubungan itu, kita menasihatkan mereka apabila keluar daripada rumah untuk mengunci rumah dan membawa barang berharga ke PPS untuk keselamatan,” jelasnya.

Katanya, polis bersama pasukan penyelamat lain telah bertungkus lumus membawa mangsa keluar sehingga jam 3 pagi tadi. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

109 terperangkap, tiga jambatan runtuh akibat empangan pecah

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI