‘OIC seolah-olah tidak bermaya dalam isu Palestin’

IPOH – Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) berharap Kerajaan Malaysia dapat menggesa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) supaya mengambil tindakan lebih konkrit berhubung isu pergolakan di Palestin ketika ini.

Presiden MAPIM, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, ini adalah masa yang sesuai buat Malaysia melalui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk kehadapan dalam menggerakkan OIC terhadap isu berkenaan.

“OIC dilihat seolah-olah tidak nampak bermaya kerana tidak ada sebarang perkara konkrit (yang dilaksanakan berhubung isu Palestin). Dan sekiranya OIC masih gagal menunjukkan kemampuan mereka dalam isu ini, ia amat mengecewakan Umat Islam.

“Oleh itu saya berpandangan Perdana Menteri, Anwar, yang mempunyai kelebihan (hubungan baik) di peringkat antarabangsa, boleh membawa Malaysia ke hadapan dalam mengambil inisiatif mengadakan pertemuan dan sebagainya yang mampu untuk memberi asakan baik kepada Israel mahupun sekutunya.

“Saya rasa ini adalah masanya untuk OIC digerakkan dengan sebaik mungkin (dalam membela nasib negara Palestin yang ditekan zionis Israel),” katanya.

Mohd Azmi Abdul Hamid palestin mapim
Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) Mohd Azmi Abdul Hamid pada sidang media Majlis Penerangan Keadaan Gaza-Palestin Terkini di Masjid Sultan Idris Shah II, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 20 OKTOBER 2023

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penerangan Keadaan Gaza Palestin Terkini di Masjid Negeri Perak (Masjid Sultan Idris Shah II), dekat sini, pada Jumaat.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Al-Quds Malaysia, Dr Sharif Amin Abu Shamalla serta Imam Besar Masjid Negeri, Abd Farid Salleh.

Selain itu, Mohd Azmi menambah badan-badan bukan kerajaan (NGO) mahu  parti politik di negara ini bersedia untuk memberi sokongan dalam usaha membela nasih rakyat Palestin yang ditindas.

“Semua NGO di negara ini sangat aktif (dalam isu Palestin), dan saya kira semua parti politik pun akan senada berhubung isu ini. Kita mampu bersatu tanpa mengira kepentingan politk,” katanya lagi.

Jemaah memasukkan sumbangan ke tabung kecemasan Palestin pada Majlis Penerangan Keadaan Gaza-Palestin Terkini di Masjid Sultan Idris Shah II, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 20 OKTOBER 2023

Pada masa sama, beliau turut menyarankan agar semua masjid, surau mahupun premis peribadi di seluruh negara untuk mengibarkan Bendera Palestin sebagai tanda solidariti terhadap rakyat di negara itu.

Malah katanya usaha itu juga disarankan untuk tidak bersifat bermusim sebaliknya ia dijalankan secara berterusan dan sepanjang masa. – MG Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI