Kerani firma guaman didakwa tipu urusan pajakan tanah milik anak syarikat Perak

IPOH – Seorang kerani di sebuah firma guaman dihadapkan ke Mahkamah Majistret, dekat sini, pada Khamis atas pertuduhan menipu urusan pajakan tanah milik anak syarikat Kerajaan Negeri Perak, dua tahun lalu.

Tertuduh, M Gabriel Youshua, 66, membuat pengakuan tidak bersalah sebaik kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Siti Nora Sharif.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa menipu dan dengan curangnya memperdaya K Suppan bagi membuat bayaran menerusi cek CIMB no:591171 berjumlah RM110,417.25 dan cek Public Bank no:830003 berjumlah RM220,834.50.

Ia sebagai tawaran kepada pajakan tanah milik Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP) di mana mangsa tidak akan menyerahkan pembayaran itu sekiranya tidak diperdaya.

Kesalahan itu di sebuah pejabat firma guaman di Greentown Square, Jalan Datuk Seri Ahmad Said, di sini pada jam 10 pagi, 14 April 2022 lalu.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di sebuah pejabat firma guaman di Greentown Square, Jalan Datuk Seri Ahmad Said, di sini pada jam 10 pagi, 14 April 2022 lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara setahun hingga 10 tahun dan sebat serta denda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Nur Aqilah Syaza Ariffin menawarkan tertuduh diikat jamin berjumlah RM20,000.

Peguam Nahtan Krishnan yang mewakili tertuduh pula memohon mahkamah memberikan jaminan minimum dengan alasan anak guamnya tidak lagi bekerja, selain dia merupakan orang kurang upaya (OKU) dan bukan orang dalam senarai hitam.

Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 11 Oktober depan sebagai sebutan semula kes. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Sukar hentikan aktiviti kuari di hutan batu kapur kerana tempoh pajakan

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI