Wanita maut dalam nahas jalan raya empat kenderaan

TANJUNG MALIM – Seorang wanita berusia 20an maut dalam nahas jalan raya melibatkan empat kenderaan di kilometer (km) 363.0 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan pada Sabtu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima maklumat berkenaan kejadian itu pada jam 6.16 pagi.

Katanya, sejurus selepas itu sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Slim River diatur gerak ke lokasi kejadian.

“Pasukan bomba yang tiba di lokasi mendapati kemalangan kenderaan lori lima tan muatan perabot, kenderaan pelbagai guna (MPV) Nissan Serena serta dua motosikal.

“Ia juga melibatkan tujuh mangsa iaitu dengan seorang daripadanya meninggal dunia.

“Kesemua mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum pasukan bomba tiba,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Tambah Sabarodzi, pasukan bomba telah membantu membawa mangsa cedera ke tempat selamat sebelum diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk menerima rawatan

Kata beliau, sementara mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK), Muhammad Naim Khadir@Mat Isa tamat pada jam 7.48 pagi. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Pemandu lori maut dihempap timbunan kayu

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI