Treler muatan sayur terbalik, pemandu cedera

TAPAH – Seorang lelaki cedera selepas treler muatan sayur yang dipandunya terbalik sehingga menghalang jalan raya utama berhampiran pejabat Tol Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) Sungkai, Bidor, dekat sini, pada Ahad.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima maklumat berkenaan kejadian itu pada jam 10.49 malam.

Katanya, sejurus selepas itu seramai sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) diatur gerak ke lokasi kejadian.

Treler muatan sayur terbalik, pemandu cedera bomba mangsa anggota Sabarodzi tersepit pemandu kereta jalan raya
Pasukan bomba membuat pemantauan di sekitar kawasan kemalangan treler muatan sayur terbalik sehingga menghalang jalan raya utama berhampiran pejabat Tol Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) Sungkai, Bidor. Foto JBPM PERAK

“Pasukan bomba yang tiba di lokasi mendapati lori berkenaan terbalik menghalang jalan raya utama di samping pemandu tidak tersepit kerana telah dibawa keluar orang awam.

“Mangsa juga telah dibawa ke hospital sebelum pasukan bomba tiba di lokasi. Tindakan anggota hanya membuat pemantauan di sekitar kawasan kemalangan,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Menurut beliau, operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) Mohd Nasir Ibrahim itu tamat pada jam 11.16 malam.

Dalam perkembangan berasingan, beliau berkata seorang lelaki cedera ringan selepas kereta dipandunya terbabas di bahu jalan di Jalan Batu 4 Segari, Manjung.

Sabarodzi memberitahu, pihaknya menerima maklumat berkenaan nahas jalan raya itu pada jam 8.50 malam sebelum tujuh anggota dari BBP Ayer Tawar diatur gerak ke lokasi kejadian.

Jelas beliau, pasukan bomba yang tiba di lokasi mendapati kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Proton Wira dengan seorang pemandu tersepit di dalam kenderaan berkenaan.

Treler muatan sayur terbalik, pemandu cedera bomba mangsa anggota Sabarodzi tersepit pemandu kereta jalan raya

Pasukan bomba sedang membawa keluar seorang lelaki yang cedera ringan selepas kereta dipandunya terbabas di bahu jalan di Jalan Batu 4 Segari, Manjung. Foto JBPM PERAK

“Anggota bomba menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan mangsa dari bangkai kenderaan itu.

“Mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Operasi yang diketuai PBK II Tarmizi Abd Ghani itu tamat pada jam 11.44 malam, sementara identiti mangsa dan punca kejadian masih dalam siasatan. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Pengendali jengkaut maut, jentera terbalik di lereng bukit

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI