Polis selamatkan lelaki atas jejambat

IPOH – Polis berjaya menyelamatkan seorang lelaki yang berdiri di atas jejambat di Jalan Dr Nazrin Shah berhampiran Medan Gopeng di sini pada Khamis malam.

Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, sepasukan anggota dari Balai Polis Pasir Puteh telah ke lokasi kejadian sebaik menerima maklumat pada jam 7.30 malam.

Ujarnya, sebaik polis tiba di lokasi, didapati terdapat seorang lelaki sedang berdiri di atas tiang jejambat berkenaan dan usaha memujuk lelaki dipercayai warga Myanmar itu segera dilakukan.

“Bagaimanapun, lelaki itu berdegil dan enggan turun dari jejambat hingga memaksa anggota polis bertindak menariknya ke kawasan selamat.

“Lelaki itu kemudiannya dibawa balik ke balai polis kerana bertindak agresif dan di luar kawalan. Hasil pemeriksaan awal mendapati warga asing itu berada di bawah pengaruh alkohol,” katanya dalam satu kenyataan, malam tadi.

Tambah Azizi, semakan lanjut ke atas lelaki tersebut mendapati dia tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan yang sah.

Kata beliau lagi, lelaki itu kemudiannya diserahkan kepada Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk tindakan lanjut. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Dua warga asing terperangkap di Gua Sam Poh Tong diselamatkan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI