Kereta terbabas: Lelaki maut, tersepit

IPOH – Seorang lelaki maut selepas tersepit ekoran kereta yang dipandunya terbabas dalam nahas jalan raya di Kampung Juang, Simpang Pulai dekat sini, pada Selasa.

Mangsa yang memandu kereta jenis Perodua Aruz dikenali sebagai Syarul Azrin Anuar, berusia 37 tahun.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkenaan pada jam 4.40 pagi.

Katanya, sejurus selepas itu seramai tujuh anggota bersama pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pulai diatur gerak ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 7 kilometer (km) dari balai bomba.

“Kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Aruz telah terbabas melanggar pembahagi jalan.

“Terdapat seorang mangsa pemandu kereta tersepit di bahagian pemandu dan disahkan maut di lokasi oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Ujar Sabarodzi, melalui konsep ‘saver’ pasukan bomba menggunakan peralatan hidraulik dalam operasi membawa keluar mangsa.

Tambah beliau lagi, mangsa maut kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Operasi yang diketuai Penolong Bomba Kanan II (TBK), Mohd Zabidi Ramli tamat pada jam 6.30 pagi. – MG Perak.

 

Artikel Berkaitan:

Lelaki maut motosikal terbabas di lebuh raya

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI