Bapa, anak perempuan parah dihempap dahan pokok

TAIPING – Seorang lelaki bersama anak perempuannya parah selepas motosikal dinaki mereka dihempap dahan pokok di Jalan Kamunting, Taman Glen View di sini, tengah hari tadi.

Mangsa berusia sekitar 40an dan 15 tahun itu turut tidak sedarkan diri ketika ditemui pasukan penyelamat.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, kejadian berkenaan turut melibatkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza yang dinaiki lima perempuan berusia 16 hingga 35 tahun.

Menurut beliau, dua daripada lima mangsa yang menaiki kereta berkenaan mengalami cedera ringan manakala tiga lagi selamat.

“Panggilan kejadian diterima pada jam 12.53 tengah hari dengan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kamunting digerakkan dan tiba pada jam 1.15 petang.

“Setibanya dilokasi didapati berlaku kejadian pokok tumbang melibatkan dua buah kenderaan dihempap dahan pokok yang menyebabkan penunggang dan pembonceng motosikal cedera parah serta tidak sedarkan diri,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Tambah beliau, pasukan penyelamat kemudiannya melaksanakan ‘size-up’ seterusnya membuat kerja-kerja memotong dahan pokok sehingga keadaan selamat.

“Mangsa yang cedera telah diberi rawatan awal sebelum diserahn kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk Tindakan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, operasi diketuai PBK II Ilyas Ramli dengan kekuatan 10 anggota. -MG Perak

Artikel Berkaitan:

Penunggang motosikal cedera dihempap pokok tumbang

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI