Tipu tawaran kerja: Wanita hamil antara 11 individu dihadapkan ke mahkamah

TAIPING – Wanita hamil tujuh bulan antara 11 individu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Taiping, pada Khamis atas dakwaan terlibat dengan aktiviti penipuan tawaran pekerjaan tidak wujud, bulan lalu.

Ng Kai Yee, 22; Toh Khai Shean, 24; Lee Kong Pa, 22; dan Yeoh Li Kee, 26, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nabisha Ibrahim.

Pengakuan dan pertuduhan sama turut dibacakan berasingan terhadap Chuah Cher Seng, 25; Lam Yong Jun, 24; Ng Zi Cong, 25; Yeong Yong Long, 24; Wong Li Jia, 23; Leong Ying Zhi, 21, dan Leyu Yee Ying, 24.

Mengikut pertuduhan, kesemua mereka didakwa bersama-sama bersetuju terbabit dalam suatu pakat jahat melakukan perbuatan yang menyalahi undang-undang dengan cuba menipu mangsa dengan tawaran pekeriaan tidak wujud.

Kesalahan itu, dilakukan di rumah di Lorong DTS 4, Taman Desa Tekkah Sentosa dalam Daerah Larut Matang Selama pada jam 1.30 tengah hari, 14 Ogos lalu.

Justeru, kesemua tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 511 Kanun Keseksaan serta boleh dihukum di bawah Seksyen 120B (2) kanun sama.

Hukuman mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan boleh dipenjarakan tidak kurang setahun dan maksimum 10 tahun, dan sebat serta hendaklah dikenakan denda.

Sementara bagi Seksyen 120B(2) Kanun Keseksaan, hukuman memperuntukkan penjara maksimum enam bulan atau denda, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan

Ketika prosiding berlangsung, peguam yang mewakili Kai Yee, Privesh Paul Singh Sucha Singh, memohon mahkamah mengenakan jaminan munasabah kepada anak guamnya.

Privesh Paul memberitahu, selain hamil, anak guamnya itu tidak bekerja dan masih di bawah tanggungan ibu bapa.

Wanita hamil antara 11 individu dihadapkan ke mahkamah aktiviti penipuan tawaran pekerjaan tertuduh
Wanita hamil tujuh bulan antara 11 individu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Taiping, pada Khamis atas kesalahan terlibat dengan aktiviti penipuan tawaran pekerjaan tidak wujud, bulan lalu.
Mengikut pertuduhan, kesemua mereka didakwa bersama-sama bersetuju terbabit dalam pakat suatu pakat jahat melakukan perbuatan yang menyalahi undang-undang dengan cuba menipu mangsa dengan tawaran pekeriaan tidak wujud. Foto ABDULLAH YUSOF, 19 SEPTEMBER 2024.

Sementara peguam yang mewakili 10 tertuduh lain, Tan Kian Peng, juga meminta mahkamah mengenakan hukuman ringan kepada semua anak guam yang diwakili kerana mereka tidak mempunyai pekerjaan tetap selain perlu menanggung ibu bapa.

Mahkamah mengenakan wang jaminan RM8,000 kepada setiap seorang tertuduh dengan seorang penjamin.

Mahkamah juga membenarkan kesemua tertuduh untuk untuk menyerahkan pasport masing-masing sehingga kes selesai, selain perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap bulan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Arfahanim Azureen Arfanuddin dan mahkamah menetapkan 29 Oktober dan 8 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Pada 16 Ogos lalu, media melaporkan polis menumpaskan sindiket penipuan tawaran pekerjaan tidak wujud selepas menahan 11 individu melalui serbuan di dua rumah sewa di Taiping.

Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, serbuan itu berjaya menahan tujuh lelaki dan empat wanita yang disyaki bekerja sebagai operator.

Kata beliau, sindiket itu menawarkan pekerjaan tidak wujud di media sosial dengan menyasarkan warga tempatan dan warga Singapura bagi memperdaya mangsa untuk menyerahkan wang. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Polis serbu ‘calling centre’, sindiket tawar pekerjaan tidak wujud tumpas

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI