Momen Keeta buka ruang anak muda selami dunia piring hitam

IPOH – Memiliki lebih 1,000 keping piring hitam, Mardiati Rahim, 51, mengabadikan koleksinya itu dengan membuka sebuah kedai yang dinamakan ‘Momen Keeta’ di Jalan Kuala Kangsar, di sini.

Bekas pekerja swasta itu mula berjinak-jinak mengumpul piring hitam artis tanah air dan luar negara sejak 20 tahun lalu meliputi pelbagai genre muzik.

Momen Keeta beri peluang anak muda selami dunia piring hitam
Mardiati Rahim, 51, menunjukkan piring hitam koleksinya di ‘Momen Keeta’ di Jalan Kuala Kangsar, Ipoh.
Bekas pekerja swasta itu mula berjinak-jinak mengumpul piring hitam artis tanah air dan luar negara sejak 20 tahun lalu meliputi pelbagai genre genre muzik. Foto ABDULLAH YUSOF, 23 SEPTEMBER 2024.

Sebagai penggemar muzik analog dia bukan sahaja mengumpul piring hitam malah turut mempunyai koleksi kaset, cakera padat serta beberapa alat pemain analog yang masih berfungsi di kedai tersebut.

Menurutnya, hobi mengumpul piring hitam adalah satu budaya pada zaman dahulu yang kekal wujud dalam dirinya sebagai seorang peminat muzik.

Momen Keeta beri peluang anak muda selami dunia piring hitam
Mardiati Rahim, 51, menunjukkan antara koleksi kaset miliknya di ‘Momen Keeta’ di Jalan Kuala Kangsar, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 23 SEPTEMBER 2024.

“Semuanya bermula apabila saya hilang pekerjaan dan tiada pendapatan. Dari situ, saya berbincang dengan suami untuk mengumpul semua koleksi barang-barang lama yang dikumpul sejak 20 tahun lalu dan diletakkan di sebuah tempat.

“Ada separuh yang dijual (piring hitam) dan ada yang hanya kita tunjuk koleksi bagi mendidik mereka seperti macam poster filem, wayang yang pada zaman 60-an, 70-an, kita nak bagitau macam mana kertas, cetakan termasuk piring hitam,” katanya ketika ditemui MG Perak baru-baru ini.

Ipoh bandar penggerak muzik

Dalam pada itu, Mardiati berkata, bersesuaian dengan status Ipoh sebagai bandar penggerak muzik, dia bersama suami mahu menggalakkan generasi muda menanam minat terhadap piring hitam dengan lebih mendalam.

“Budak-budak muda ini mereka ada minat sendiri, mereka datang, ada yang saya jual (piring hitam) tapi juga ada koleksi yang tidak jual.

“Jadi kita jual kepada mereka dengan harga yang rendah memandangkan kewangan mereka terbatas serta tidak mampu untuk mengeluarkan wang RM200 ke RM300.

Momen Keeta beri peluang anak muda selami dunia piring hitam
Mardiati Rahim, 51, melayan pelanggannya memilih piring hitam di ‘Momen Keeta’ di Jalan Kuala Kangsar, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 23 SEPTEMBER 2024.

“Selain itu, mereka boleh mendengar sendiri alunan lagu dan irama daripada piring hitam itu menerusi alat pemain yang sedia ada di sini.

“Niat saya dan suami untuk mendidik dan menanam minat generasi muda kerana mereka ini pelapis. Bila mereka (generasi muda) tiada siapa lagi hendak main (piring hitam).

“Orang tua tak nak main (piring hitam), semua album mereka sudah ada. Itu sebab kita nak panggil budak-budak baru,” jelasnya.

Piring hitam Saloma antara koleksi berharga

Katanya, koleksi piring hitam paling berharga yang dimilikinya adalah daripada Biduanita Negara, Saloma kerana jika dijual susah untuk diperolehi semula dan untuk mendapatkannya semula pemilik akan menjualnya dengan harga tinggi.

Momen Keeta beri peluang anak muda selami dunia piring hitam
Mardiati Rahim, 51, menunjukkan piring hitam koleksinya di ‘Momen Keeta’ di Jalan Kuala Kangsar, Ipoh.
Bekas pekerja swasta itu mula berjinak-jinak mengumpul piring hitam artis tanah air dan luar negara sejak 20 tahun lalu meliputi pelbagai genre genre muzik  Foto ABDULLAH YUSOF, 23 SEPTEMBER 2024.

“Ada orang tawar (piring hitam) itu membelinya dengan harga yang tinggi tapi tak jual sebab sayang. Selain Saloma, saya amat meminati genre rock terutamanya kumpulan Sweet Charity.

“Jadi saya memang mempunyai koleksi lengkap milik kumpulan tersebut,” ujarnya yang turut mempunyai piring hitam daripada kumpulan lagenda luar negara The Beatles dan Bee Gees.

Kumpul mainan lama, barang hiasan

Sementara itu, Mardiati berkata, kedainya turut mempamerkan koleksi mainan dan setem dari zaman 50-an termasuk koleksi kegemarannya minuman tin jenama Sudi yang dikeluarkan artis lagenda negara Sudirman.

Momen Keeta beri peluang anak muda selami dunia piring hitam
Antara koleksi barangan milik Mardiati Rahim, 51, di kedainya yang dinamakan ‘Momen Keeta’ di Jalan Kuala Kangsar, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 23 SEPTEMBER 2024.

“Zaman mak kita dulu ada (mainan) tersebut tapi tak mampu nak beli. Bila kita dapat kumpul mak bapa kita tengok seronok. Dulu tidak dapat beli sebab mahal.

“Paling lama saya ada menyimpan setem tahun 50-an sebelum Merdeka dan koleksi paling berharga adalah minuman tin Sudi keluaran artis terkenal Sudirman yang dapat daripada pengumpul barang lama (collector) kira-kira 10 tahun lalu,” tambahnya.

Momen Keeta beri peluang anak muda selami dunia piring hitam
Mardiati Rahim, 51, mengabadikan koleksinya dengan membuka sebuah kedai yang dinamakan ‘Momen Keeta’ di Jalan Kuala Kangsar, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 23 SEPTEMBER 2024.

Sehubungan itu, kepada generasi muda yang ingin menyelami dunia piring hitam atau teringin melihat koleksi barangan lama yang jarang ditemui boleh singgah ke Momen Keeta yang dibuka setiap hari dari jam 11.30 pagi hingga 6 petang atau hubungi Mardiati melalui Whatsapp di talian 019-589 9226. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Minat ubah suai, baiki seluar jean mula di mesin jahit emak

 

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI