4,195 pelajar baharu Ijazah Sarjana Muda mendaftar di UPSI

TANJUNG MALIM – Seramai 4,195 pelajar baharu Ijazah Sarjana Muda mendaftar di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bagi ambilan September 2024/2025 pada Sabtu.

Naib Canselor UPSI, Prof. Datuk Dr Md Amin Md Taff berkata, ada pelajar baharu bersama ibu bapa mereka tiba seawal jam 7 pagi di Kampus Sultan Azlan Shah, Proton City, di sini, bagi mendaftar.

Menurut beliau, kesungguhan yang ditunjukkan amat menyentuh hati dan turut mengucap taniah serta selamat datang kepada 4,195 pelajar baharu yang mendaftar.

“Alhamdulillah, proses pendaftaran berjalan dengan lancar dan UPSI menyambut pelajar serta keluarga dengan penuh kegembiraan.

“Semua pelajar ini akan mengikuti Minggu Intelektual dan Interaksi Anak Kandung Suluh Budiman (MILLENIA) iaitu acara tahunan yang dikendalikan oleh 200 pelajar yang ditugaskan sebagai fasilitator,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Norkhalid Salimin berkata, MILLENIA menjadi platform utama untuk pelajar baharu menyesuaikan diri dengan persekitaran kampus, sekali gus memupuk semangat kekeluargaan dan intelektual sebagai Anak Kandung Suluh Budiman.

Jelas beliau UPSI bukan sahaja menawarkan pendidikan yang unggul, tetapi juga memberi peluang kepada pelajar untuk menikmati suasana kampus yang harmoni dan indah.

“Pelajar baharu boleh dianggap bertuah kerana UPSI mempunyai pelbagai kemudahan rekreasi seperti Pusat Bowling UPSI, Kolam Renang Gimnasium UPSI, Edu Forest, dan UPSI Adventure Park yang pastinya akan menjadi daya tarikan kepada pelajar baharu untuk beriadah pada masa lapang.

“Kedudukan UPSI di sisi Banjaran Titiwangsa yang hijau, membolehkan pelajar baharu menikmati pemandangan semula jadi yang indah, sekali gus memberi ketenangan untuk fokus dalam pengajian dalam suasana akademik yang kondusif,” katanya.

Tambah beliau, bagi melicinkan urusan pendaftaran, UPSI telah menubuhkan Operasi Santun Mahasiswa yang digerakkan di sekitar Tanjung Malim untuk mengesan pelajar yang berdepan kesulitan tempat penginapan. -MG Perak

Artikel Berkaitan:

Anak penoreh getah tular berjaya sambung pengajian di UPSI

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI