Bunuh abang: Mahkamah perintah penganggur dihantar ke hospital bahagia

MANJUNG – Seorang penganggur yang didakwa membunuh abang kandungnya bulan lalu diperintahkan Mahkamah Majistret Seri Manjung, pada Selasa untuk dirujuk ke Hospital Bahagia di Ulu Kinta, Ipoh.

Majistret Majistret Fakhrul Razzi Abd Hamid membuat keputusan itu terhadap, Mohd Khairul Hadafi Mohd Taib, 40, mengikut Seksyen 342 Kanun Prosedur Jenayah berikutan keadaan mental tertuduh tidak stabil.

Terdahulu dalam prosiding, Mohd Khairul Hadafi, yang tidak diwakili peguam menangguk faham selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Mengikut pertuduhan, anak keempat daripada enam beradik itu sengaja telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian terhadap Mohamad Hairul Ridzuan Mohd Taib, 46.

Kesalahan itu dilakukan antara jam 2.25 pagi sehingga 2.38 pagi di sebuah rumah di Lorong 2 Taman Muhibbah Sitiawan, di dalam Daerah Manjung, pada 25 September lalu.

Bunuh abang Mahkamah perintah penganggur dihantar ke Hospital Bahagia tertuduh membunuh abang kandungnya lelaki
Seorang penganggur, Mohd Khairul Hadafi Mohd Taib, 40, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seri Manjung dekat sini, pada Selasa atas pertuduhan membunuh abang kandungnya, bulan lalu.
Tertuduh menangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Fakhrul Razzi Abd Hamid. Foto ABDULLAH YUSOF, 01 OKTOBER 2024.

Lelaki itu di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun dan maksimum 40 tahun, serta hukuman tidak kurang 12 sebatan sekiranya tidak dijatuhkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Hairol Jemain manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Tiada sebarang jaminan ditawarkan terhadap tertuduh oleh pihak pendakwaan selain memohon tarikh baharu untuk sebutan semula kes.

Mahkamah kemudian menetapkan 30 Oktober ini sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menunggu keputusan laporan kimia dan bedah siasat.

Tertuduh telah ditahan polis pada hari sama kejadian dan direman selama tujuh hari
untuk siasatan kes di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Terdahulu, media melaporkan seorang lelaki ditahan polis bagi membantu siasatan kes bunuh abang kandungnya sebelum membakar ruang tamu di sebuah rumah, di Sitiawan, bulan lalu.

Media melaporkan seorang lelaki dikenali sebagai Mohamad Hairul Ridzuan yang juga anak kedua daripada empat beradik ditemukan dalam keadaan rentung dan tertiarap, manakala tujuh lagi ahli keluarganya selamat.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Hasbullah Abd Rahman dilaporkan berkata, suspek yang juga adik kandung mangsa ditahan di tempat kejadian untuk membantu siasatan. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Lelaki ditemui rentung dibunuh sebelum rumah dibakar

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI