Perak hargai peranan ‘influencer’, bantu lonjak industri pelancongan

IPOH – Perak menghargai para para influencer atau pempengaruh media sosial yang telah memperkenalkan dan melonjakkan nama negeri ini sebagai destinasi pelancongan menarik melalui cara yang berkesan.

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, sektor pelancongan masa kini bukan sahaja dipacu pemain industri, malah ia juga mendapat dorongan daripada generasi baharu yang aktif memanfaatkan teknologi digital.

Perak hargai peranan influencer bantu lonjak industri pelancongan media sosial destinasi saarani ipoh pempengaruh
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad ketika berucap pada majlis Perak Tourism Awards 2024 di Hotel Casuarina @ Meru, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 02 OKTOBER 2024.

Katanya, melalui video pendek dan hantaran ringkas sama ada melalui TikTok, Instagram, Facebook, dan X, ia berjaya mempromosikan tempat-tempat yang dahulunya kurang dikenali sehingga ia menjadi tular serta tumpuan ramai.

“Concubine Lane di Ipoh misalnya, yang dahulu sekadar lorong sejarah, kini menjadi salah satu destinasi paling popular dan menjadi destinasi mesti dilawati jika berkunjung ke Ipoh.

“Selain itu, keindahan Gunung Lang, kawasan-kawasan ‘glamping’ di seluruh negeri, dan pelbagai lokasi makanan yang mendapat perhatian meluas di media sosial turut menyumbang kepada daya tarikan pelancong.

“Setiap perkongsian mereka tidak hanya mengetengahkan destinasi yang unik, tetapi juga kepelbagaian gastronomi yang menjadi kekuatan tarikan Perak,” katanya.

Perak hargai peranan influencer bantu lonjak industri pelancongan media sosial destinasi saarani ipoh pempengaruh
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad menyampaikan anugerah pelancongan kepada Pengurus Besar Lost World Of Tambun (LWOT), Nurul Nuzairi Mohd Azahari pada majlis Perak Tourism Awards 2024 di Hotel Casuarina @ Meru, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 02 OKTOBER 2024.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perak Tourism Award atau Anugerah Pelancongan Perak 2024 di Hotel Casuarina@Meru dekat sini, pada Rabu.

Antara hadir sama, Exco Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Perak, Loh Sze Yee; Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Mohd Zaki Mahyudin; Pengerusi Lembaga Pengarah Tourism Perak, Datuk Mohd Kamil Shafie serta Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Perak, Nurmalis Musa.

Perak hargai peranan influencer bantu lonjak industri pelancongan media sosial destinasi saarani ipoh pempengaruh
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad beramah mesra dengan penerima anugerah pada majlis Perak Tourism Awards 2024 di Hotel Casuarina @ Meru, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 02 OKTOBER 2024.

Dalam pada itu Saarani berkata, peranan pempengaruh media sosial amat dihargai kerana apa yang dilakukan telah membantu mengangkat Perak sebagai destinasi pelancongan bertaraf antarabangsa.

Kata beliau, mereka juga telah berjaya menjadikan pelancongan negeri lebih relevan kepada generasi baharu yang celik teknologi, sekaligus memperluas capaian ke pasaran yang lebih luas.

“Dengan peningkatan ketibaan pelancong, sektor-sektor lain seperti perhotelan, pengangkutan, makanan, dan perkhidmatan turut mendapat manfaat.

“Bagaimanapun, dengan kisah-kisah ‘viral’ yang muncul, kita jangan lupa untuk sentiasa memastikan bahawa negeri kita sentiasa berada dalam keadaan terbaik, bersih, selamat, dan mesra pelancong.

“Ia supaya mudah-mudahan pelawat akan pulang dengan kenangan yang manis dan berhasrat untuk datang semula,” tambah Saarani.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad menyampaikan anugerah pelancongan kepada Pengarah Casuarina Meru Sdn. Bhd, Datuk Mohd Azhar Jamaluddin pada majlis Perak Tourism Awards 2024 di Hotel Casuarina @ Meru, Ipoh.
Turut hadir, Exco Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor negeri Perak Loh Sze Yee. Foto ABDULLAH YUSOF, 02 OKTOBER 2024.

Pada majlis, sebanyak 46 anugerah terdiri daripada 10 kategori disampaikan sebagai pengiktirafan dan penghargaan kepada penggiat industri pelancongan yang telah berusaha memajukan sektor pelancongan Perak di samping memeriahkan lagi kempen Tahun Melawat Perak 2024.

Majlis turut diserikan dengan persembahan penyanyi terkenal tanah air iaitu Noryn Aziz dan Dayang Nurfaizah.

Kali terakhir anugerah tersebut diadakan adalah pada Tahun Melawat Perak 2017. – MG Perak

Penyanyi tersohor Dayang Nurfaizah melakukan persembahan pada majlis Perak Tourism Awards 2024 di Hotel Casuarina @ Meru, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 02 OKTOBER 2024.

 

Berikut adalah senarai pemenang Perak Tourism Awards 2024:

Kategori 1: Best Destination Awards (Anugerah Destinasi Terbaik)
  1. Best Cityscape Destination – Hotel Casuarina @ Kuala Kangsar
  2. Best Leisure And Family Destination – Pangkor Village Beach Resort
  3. Best Cultural And Heritage Destination – Kellie’s Castle
  4. Outdoor Adventure – Gopeng Glamping Park
  5. Best Ecotourism Destination – Yayasan Pulau Orang Utan Bukit Merah
Kategori 2: Accomodation Awards (Anugerah Penginapan)
  1. Best Boutique Hotel – 1969 Business Suites
  2. Best Luxury Resort – The Banjaran Hotspring Retreat
  3. Best Eco-friendly Accommodation – Sentosa Villa
  4. Best Budget-friendly Accommodation – Golden Roof Hotel Ampang Ipoh
  5. Best Community Engagement – Suka-suka Lake Retreat
  6. Best City Hotel – Weil Hotel
Kategori 3: Tourism Experience Awards (Anugerah Pelancongan Pengalaman)
  1. Best Cultural Experience – Rumah Tiang 16
  2. Best Adventure Tour/activity – Traverse Tours Sdn Bhd (Riverbug Perak)
  3. Best Agrotourism Experience – Prospek Lenggong (Pejabat Daerah Dan Tanah Lenggong)
  4. Best Food (Malay Cuisine) – Teratak Warisan Kampung
  5. Best Food (Indian Cuisine) – Tandoor Grill Ipoh
  6. Best Food Award (Chinese Cuisine) – Restoran Sun Yeong Wai Sdn Bhd
  7. Best Wellness Or Spa Experience – NK Global (NK Spa)
  8. Best Handicraft Award – Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Lenggong (Batek Lenggong)
Kategori 4: Tour Operator And Travel Agency Awards (Anugerah Operator dan Agensi Pelancongan)
  1. Best Travel Agency – Righteous Travel and Tours Sdn Bhd
  2. Best Tour Guide (City) – Roselyn Lim Siew Leng
  3. Best Tour Guide Award (Nature) – Khairul Salleh Ahmad (Kuala Sepetang Eco Tourism)
Kategori 5 : Transportation Awards (Anugerah Pengangkutan)
  1. Best Mode Of Transportation (International) Flyscoot Airlines
  2. Best Mode Of Transportation (Domestic) – Perak Transit Berhad
Kategori 6 : Hospitality And Service Awards (Anugerah Hospitaliti dan Perkhidmatan)
  1. Best Sustainable Hotel Initiative – Belum Rainforest Resort
  2. Best Accessible Tourism Initiative – Tasik Cermin Ipoh
  3. Best Hospitality – Voyage Retreat Pangkor
Kategori 7: Destination Marketing And Promotion Awards (Anugerah Pemasaran dan Promosi Destinasi)
  1. Most Innovative Destination Marketing – Flytrike Taiping
  2. Most Engaging Tourism Authority – Majlis Daerah Lenggong
  3. Most Creative Digital Marketing Strategy – River Cruise Teluk Intan
  4. Best Travel Writers – Juhan Kamaruddin (Gaya Travel Magazine)
Kategori 8 : Community Engagement And Social Impact Awards (Anugerah Penglibatan Komuniti dan Impak Sosial)

 

1. Best Community-based Tourism Project – Pekan Kartun
2. Best Volunteer Tourism Initiative – Majlis Perbandaran Taiping
3. Best Indigenous Tourism Experience – Bambusa Foundation (Kampung Orang Asli Air Bah)
4. Key Opinion Leader (KOL) Of The Year – Nazirul Hakim

Kategori 9: Industry Leadership And Excellence Awards (Anugerah Kepimpinan Dan Kecemerlangan Industri)
  1. Tourism Personality Of The Year – Datuk Mohd Odzman Abdul Kadir
  2. Lifetime Achievement In Tourism – Malaysia Budget & Business Hotel Association (Mybha)
  3. Best Tourism Icon – Mohd Amzari Zamri
  4. Excellence In Tourism Governance And Policy – Majlis Daerah Selama / Selama Tourism

Kategori 10: Specialty Awards (Anugerah Khas)

  1. Best Sustainable Event – Lenggong Ironbound Asia World Cup
  2. Best Tourism – Belum Rainforest Resort

Anugerah Khas Panel: Tourism Perak Excellence Awards 2024

1. Excellence In Tourism Attraction – Sunway Lost World Of Tambun
2.Excellence In Railway Tourism Experience – Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB)
3. Excellence In Education Tourism Destination – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 4. Excellence In Sustainable Corporation – Puncak Emas Infra Sdn Bhd
5. Excellence In Business Event Hotel – Hotel Casuarina @ Meru

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI