Dakwa sentuh 3R, AMANAH Perak gesa ADUN Kamunting disiasat

IPOH – Parti Amanah Negara (AMANAH) Perak, menggesa agar pihak polis mengambil tindakan sewajarnya terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kamunting, Mohamad Fakhrudin Abdul Aziz yang didakwa membuat kenyataan menyentuh isu agama, kaum dan raja (3R).

Pengarah Komunikasi AMANAH Perak, Azhar Rahman berkata, Mohamad Fakhrudin ketika berucap pada Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-69 di Shah Alam Sabtu lalu, didakwa memberi gambaran seolah-olah Perikatan Nasional (PN) akan merampas pemerintahan di Perak sebelum Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16).

Justeru itu, Mohamad Fakhrudin menyifatkan kenyataan wakil rakyat daripada PAS itu sebagai dakwaan yang pelik dan tidak munasabah.

“Menteri Besar (Datuk Seri Saarani Mohamad) sudah menjelaskan banyak kali bahawa kerajaan negeri di Perak adalah kekal utuh diisebabkan kita sudah ada undang-undang melarang wakil rakyat bertukar parti, jadi tidak timbul soal wakil rakyat melompat parti.

“Kita juga tahu bahawa keadaan ekonomi yang tidak begitu menentu sekarang ini memerlukan kestabilan. Jadi kenyataan-kenyataan seperti ini sebenarnya mengganggu perjalanan negeri.

“Kalau ADUN pembangkang benar-benar sayangkan negeri, mereka seharusnya memberi kerjasama dengan menjadi penyemak dan penyimbang matang dan objektif untuk membangunkan dasar-dasar dan polisi negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan polis terhadap Mohamad Fakhrudin di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh, di sini, pada Selasa.

Selain itu, Azhar turut menyifatkan kenyataan Mohamad Fakhrudin yang mendakwa ketika ini agama Islam sedang diancam seolah-olah telah menyentuh peranan Institusi Diraja yang menjadi tunjang kepada Islam di negara ini.

Kata beliau, sebaliknya Kerajaan Perpaduan sentiasa memperkasakan institusi agama Islam dan terkini sebanyak RM1.9 bilion diperuntukkan bagi pengurusan dan pembangunan hal ehwal Islam sebagaimana diumumkan menerusi pembentangan Belanjawan 2024.

“Pengerusi Amanah Negeri (Datuk Asmuni Awi), sudah meminta beliau untuk menjelaskan siapa yang mengancam Islam, siapa yang mengancam Melayu dan beliau tidak membuat apa-apa kenyataan susulan (selepas itu).

“Jadi kami mengambil langkah untuk mengambil tindakan undang-undang supaya pihak berkuasa boleh siasat dan dakwa sekiranya beliau didapati bersalah dalam hal ini,” katanya lagi.

Pada masa sama, Azhar mencabar Mohamad Fakhrudin tampil ke hadapan dan berdebat dengan Pemuda AMANAH Perak berhubung dakwaan-dakwaan yang dilontarkan beliau.

“Perak merupakan negeri stabil yang mana seharusnya semua pihak boleh menumpukanhttps://www.youtube.com/watch?v=eSCC6oosyAY kepada soal pembangunan seperti dalam Pelan Perak Sejahtera 2030 dan Belanjawan Negeri yang akan dibentangkan nanti.

“Namun saya melihat kelakukaan pembangkang ini tidak berminat untuk menyumbangkan idea dalam perkara itu, sebaliknya hanya gemar menimbulkan sentimen seolah-olah mereka ini tidak ada keupayaan untuk menilai polisi-polisi kerajaan,” tambah beliau.

Media pada Sabtu lalu melaporkan Mohamad Fakhrudin mengharapkan agar PN dapat memerintah Perak dalam masa terdekat

Malah ADUN Kamunting itu mendakwa ketika ini Islam, raja, bangsa dan Bahasa Melayu diancam secara halus dan terancang oleh individu serta organisasi tertentu.

Beliau juga dilaporkan mendakwa wujud suara desakan supaya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dimansuhkan dan seterusnya menghalang usaha bagi memartabatkan undang-undang dan institusi mahkamah syariah. -MG Perak

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI