MGPerak: 204 Unit Pili Bomba Di Manjoi Di Cat Baharu

100

IPOH – Kira-kira 100 orang terdiri daripada anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru Raya, pelajar Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) dan pemimpin-pemimpin setempat bergotong-royong mengecat pili bomba di sekitar Manjoi, di sini, pada Sabtu.

Ketua BBP Meru Raya, PPgB Sharudi Muhamad Halil berkata, program tanggungjawab sosial korporat berkenaan diadakan sempena sambutan Hari Sukan Negara (HSN) 2024. – MGPerak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini