MB minta TNB maklum awal jika lepas air empangan

SUNGAI SIPUT – Tenaga Nasional Berhad (TNB) diminta memaklumkan lebih awal kepada pihak berkaitan jika ingin melakukan pelepasan air dari empangan hidroelektrik miliknya di sepanjang Sungai Perak bagi mengelakkan tragedi banjir besar 2014 daripada berulang.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, keputusan yang diambil TNB untuk pelepasan air 10 tahun lalu dari Empangan Temengor dan Empangan Kenering tanpa memaklumkan kepada Pejabat Daerah mengakibatkan berlaku banjir besar di bahagian hulu Sungai Perak.

Menurutnya, kejadian itu menyebabkan penduduk terutamanya di bahagian bawah tidak sempat membuat persiapan awal untuk menghadapi banjir.

“Kalau TNB barang kali boleh maklum awal. Walau perkara itu kritikal, kecemasan tapi memaklumkan lebih awal, kerana air bukan terus menerus sampai. Ia (air) dilepaskan dari Empangan Chenderoh ada tempoh masa air sampai ke Kuala Kangsar, Sungai Siput, Parit dan sebagainya.

MB minta TNB maklum awal jika lepas air empangan
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad menyantuni mangsa banjir di Daerah Kuala Kangsar yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Lasah dan PPS Pusat Hentian Setempat Perkampungan Orang Asli (OASC), Bawong, di sini, hari ini, Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 15 OKTOBER 2024.

“Pejabat Daerah dan Tanah (PDT), Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah pun dapat buat persiapan berdasarkan tempoh masa itu.

“But lesson learn (Belajar dari pengalaman), kerana kita tahun hujan nak turun lagi dan kita faham TNB tidak boleh menyimpan lama air itu di empangan kerana dibimbangi empangan pecah, oleh sebab itu mereka melepaskan air.

“Kita tidak menyalahkan TNB kerana itu kerja dia, empangan dia, tapi kita minta ada koordinasi dimaklumkan PDT. Saya harap masalah komunikasi ini dapat diatasi,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Lasah di sini, pada Selasa.

Hadir sama, Exco Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lintang, Datuk Mohd Zolkafly Harun.

MB minta TNB maklum awal jika lepas air empangan
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad menyantuni mangsa banjir di Daerah Kuala Kangsar yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Lasah dan PPS Pusat Hentian Setempat Perkampungan Orang Asli (OASC), Bawong, di sini, hari ini, Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 15 OKTOBER 2024.

Dalam perkembangan sama, Saarani berkata, paras air empangan di semua Stesen-Stesen Janaelektrik (SJ) Sungai Perak berada di bawah paras bahaya dan dalam keadaan terkawal

“Bacaan paras air di SJ Kenering (111.14 meter) dan Chenderoh (60.40 m) kini di paras amaran, manakala SJ Temengor (241.24 m) dan Bersia (140.34 m) berada pada paras normal.

“Pelepasan terkawal perlu dilakukan di kedua-dua empangan SJ Kenering dan Chenderoh sebagai proses operasi imbangan aliran masuk dan keluar. Kedua-dua skim Tasik Kenering dan Chenderoh adalah dalam keadaan terkawal,“ ujarnya.

Terdahulu, Saarani menyantuni mangsa banjir di Daerah Hulu Perak dan Kuala Kangsar serta menyampaikan sumbangan peribadi kepada keluarga yang terjejas. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Pelepasan air terkawal di Empangan Chenderoh – TNB

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI