Isteri saksi suami maut dibaham harimau

GERIK – Seorang isteri menyaksikan suaminya dibaham seekor harimau dalam kejadian di sebuah rumah kongsi di Kilometer 79.2, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli di sini, awal pagi Selasa.

Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, wanita warga Thailand yang bekerja sebagai tukang masak itu melihat suaminya diheret haiwan berkenaan ke dalam semak.

Menurut Azizi kejadian dipercayai berlaku antara jam 5 hingga 6 pagi semasa mangsa yang bekerja sebagai pengendali jentera berat berusia 54 tahun keluar ke tandas sebelum isterinya mendengar ngauman harimau.

“Isteri mangsa kemudiannya membuka pintu rumah kongsi dan telah melihat seekor harimau sedang mengheret mangsa ke arah semak.

“Pada hari sama lebih kurang jam 10.30 pagi Ketua Balai Polis Bersia bersama tiga anggota dibantu pasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik serta 10 anggota Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) telah ke lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Azizi berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa telah dijalankan dan berjaya menemui lelaki berkenaan pada jam 12 tengah hari.

“Mangsa ditemui 100 meter dari rumah kongsi yang didiaminya bersama isteri dalam keadaan cedera parah pada bahagian kaki kiri dan leher serta dipercayai telah meninggal dunia.

“Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Unit Forensik Hosital Daerah Gerik bagi proses bedah siasat,” katanya.

Tambah beliau kes diklafikasikan sebagai mati mengejut (SDR). -MG Perak

Artikel Berkaitan:

Harimau merayap di Kenering, Perhilitan pasang perangkap

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI