Mangsa banjir di Perak Tengah bertambah, empat daerah lain kekal

IPOH – Hanya pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Muzafar Shah 1 dalam daerah Perak Tengah yang merekodkan penambahan mangsa manakala jumlah mangsa di 10 PPS lain kekal.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JBPM) Perak dalam satu kenyataan berkata, sehingga jam 8 pagi tadi, seramai 1459 mangsa daripada 463 keluarga ditempatkan di 11 PPS dalam lima daerah di Perak.

Menurutnya, daerah Kuala Kangsar masih mencatatkan jumlah mangsa tertinggi dengan 903 orang daripada 282 keluarga yang berlindung di tiga PPS.

“Daerah Kampar merekodkan jumlah mangsa terendah dengan 41 orang daripada 15 keluarga yang ditempatkan di sebuah PPS sahaja.

“Kesemua mangsa banjir yang terlibat masih ditempatkan di PPS sama iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Lobak dan SK Parit Haji Aman, Bagan Serai dalam daerah Kerian, PPS Dewan Serbaguna Padang Tembak dan Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan, Langkap dalam daerah Teluk Intan.

“Selain itu, PPS SK Lasah, Pusat Sehenti Orang Asli (OAOSC) Bawong di Sungai Siput dan SMK Lasah dalam daerah Kuala Kangsar masih beroperasi sejak dibuka pada 13 Oktober lalu.

“PPS Dewan Orang Ramai Kampung Teluk Kepayang dan SK Dato’ Sagor dalam daerah Perak Tengah serta PPS SK Kota Baharu dalam daerah Kampar yang dibuka pada Selasa dan Rabu lalu masih beroperasi sehingga hari ini,” katanya.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) turut mengeluarkan amaran ribut petir / hujan lebat akan melanda beberapa daerah di Perak iaitu Kerian, Larut Matang dan Selama, Manjung, Bagan Datuk dan Hilir Perak. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Mangsa banjir di Perak meningkat 1,441 orang

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI