Terima kasih, kami hendak balik KL – Anak sulung ‘Abuya’

BERUAS – Kenderaan yang membawa anak sulung kepada bekas pemimpin Al-Arqam Ashaari Muhammad (Abuya), Ummu Atiyah tiba di perkampungan Global Ikhwan Services and Businesses Holdings (GISBH) di Kampung Batu Hampar Dalam, Batu Hampar, dekat sini, pada Ahad.

Ummu Atiyah, 41, tiba di perkarangan perkampungan itu dengan dibawa menaiki kereta Proton X70 serta diiringi lima kenderaan lain termasuk kenderaan polis pada jam 2.38 petang.

Wanita itu tiba bersama dua rakan dan seorang pemandu itu diiringi 10 anggota polis yang diketuai Pegawai Penyiasat Kanan, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping, Asisten Superintendan N Suder.

Ummu Atiyah yang mengenakan baju kurung berwarna putih itu dipercayai menunjukkan beberapa lokasi termasuk lokasi yang didakwa dia dikurung bagi membantu siasatan polis.

Ashaari Muhammad Ummu Atiyah anak sulung polis batu hampar GISBH abuya kenderaan
Anak sulung kepada bekas pemimpin Al-Arqam Ashaari Muhammad, Ummu Atiyah menunjukkan lokasi dia didakwa dikurung kira-kira sebulan di perkampungan Global Ikhwan Services and Businesses Holdings (GISBH) bagi membantu siasatan polis di Kampung Batu Hampar Dalam, Batu Hampar, Beruas. Foto ABDULLAH YUSOF, 20 OKTOBER 2024.

Ketika hendak bergerak meninggalkan lokasi, Ummu Atiyah sempat mengucapkan terima kasih kepada pihak pemberita.

“Terima kasih, kami hendak balik KL (pulang ke Kuala Lumpur),” katanya sebelum kenderaan yang membawanya meninggalkan lokasi pada jam 3.07 petang.

Difahamkan polis telah merakamkan percakapan wanita itu sebaik tiba di Balai Polis Padang Gajah, Trong di Taiping pada jam 11 pagi tadi.

Media pada Sabtu melaporkan, polis membuka kertas siasatan bagi menyiasat dakwaan Ummu Atiyah yang dikatakan menjadi mangsa keganasan pemimpin GISBH mengikut Seksyen 342 Kanun Keseksaan.

Ashaari Muhammad Ummu Atiyah anak sulung polis batu hampar GISBH abuya kenderaan
Anak sulung kepada bekas pemimpin Al-Arqam Ashaari Muhammad, Ummu Atiyah tiba untuk menunjukkan lokasi dia didakwa dikurung kira-kira sebulan di perkampungan Global Ikhwan Services and Businesses Holdings (GISBH) bagi membantu siasatan polis di Kampung Batu Hampar Dalam, Batu Hampar, Beruas. Foto ABDULLAH YUSOF, 20 OKTOBER 2024.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dilaporkan berkata, siasatan akan memberi tumpuan kepada kesalahan pengurungan ke atas anak kepada bekas pemimpin Al-Arqam, Ashaari atau lebih dikenali sebagai Abuya.

Razarudin dilaporkan berkata, wanita itu didakwa dikurung dalam sebuah bilik di sebuah rumah setingkat kira-kira sebulan selepas dipaksa untuk berkahwin dengan salah seorang pemimpin GISBH di Turkiye.

Wanita itu mendakwa, dia menolak untuk berkahwin dengan lelaki berkenaan kerana keadaan lelaki itu seorang yang tua, boroi dan menjijikkan.

Ummu Atiyah yang telah membuat laporan polis juga didakwa tidak diberi kemudahan menggunakan telefon bimbit oleh empat lelaki yang juga pengikut GISBH.

Anak sulung kepada Ashaari itu juga mendakwa pernah dicucuh dengan pemetik api dan direndam di dalam kolam. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Perkampungan GISBH di Batu Hampar Beruas, lengang

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI