Polis terima 16 laporan susulan kibar bendera China

IPOH – Polis Perak menerima sebanyak 16 laporan susulan insiden mengibarkan bendera China sewaktu perarakan yang diadakan di Dataran Menara Condong Teluk Intan, pada Khamis.

Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, perintah untuk menyiasat (OTI) turut diperolehi daripada Pendakwa Raya semalam untuk menjalankan siasatan.

“Kertas siasatan akan dirujuk ke Pendakwa Raya pada 28 Oktober ini untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Azizi berkata, polis juga sudah merakam percakapan tiga orang pihak penganjur sekitar jam 12.30 tengah hari semalam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak.

Katanya, mereka terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita tempatan berusia antara 57 ke 26 tahun yang terdiri daripada Pengerusi Persatuan Kebudayaan Guan Gong, Setiausaha dan Bendahari.

Dalam perkembangan berkaitan, seramai 17 individu termasuk seorang lelaki tempatan  berusia 49 tahun yang juga pengiring kepada 16 orang warga China turut dirakam percakapan semalam melibatkan lapan lelaki dan lapan wanita berusia antara 40 hingga 61 tahun.

“Kesemua warga China terbabit mengaku telah mengibar bendera negara mereka pada perarakan tersebut,“ jelasnya.

Khamis lalu, satu perarakan yang berunsurkan keagamaan dan melibatkan kereta berhias itu berlangsung di Dataran Menara Condong Teluk Intan dari jam 8 hingga 11.30 malam tadi dan disertai kira-kira 400 orang. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Kibar bendera China di Teluk Intan: 17 warga China diambil keterangan

Kibar bendera China di Teluk Intan: Polis rakam keterangan penganjur perarakan

Penganjur mohon maaf insiden kibar bendera China di Teluk Intan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI