Perak meneruskan Program Bantuan Makanan Percuma Tuisyen Cikgu Saarani (TCS) bagi tahun keempat dengan peruntukan sebanyak RM3.42 juta yang memanfaatkan 27,432 pelajar di negeri ini.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, dana tersebut meningkat sebanyak RM750,000 berbanding RM2.67 juta pada tahun lalu.
Menurutnya, program ini menyasarkan pelajar yang terdiri daripada calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), dan pelajar Kolej Vokasional di seluruh negeri Perak. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak