Kematian lelaki dalam kenderaan berkunci diklasifikasikan SDR

IPOH – Kematian lelaki di dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda yang berkunci di Bandar Lahat Mines, dekat sini, diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, hasil siasatan awal polis di lokasi mendapati mangsa yang berusia 42 tahun ditemukan terbaring di tempat duduk pemandu kenderaan terbabit.

“Siasatan awal mendapati mangsa meninggal dunia di dalam kereta yang berkunci dari dalam. Polis mendapati tiada sebarang unsur jenayah di tempat kejadian dan tubuh mangsa.

“Pihak siasatan sedang melengkapkan siasatan kes ini serta menunggu laporan bedah siasat yang dijalankan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB),” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Menurut beliau, sebelum itu pihaknya menerima maklumat daripada orang awam yang menjumpai mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam sebuah kenderaan berkunci.

Di samping itu Abang Zainal meminta orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian itu bagi mengelakkan kekeliruan dan kegusaran masyarakat.

Terdahulu media melaporkan pasukan bomba telah menggunakan peralatan khas bagi membawa keluar mangsa daripada kenderaan terbabit.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, lelaki itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Lelaki ditemukan maut dalam kenderaan pacuan empat roda

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI