Ops Khas Motosikal: JPJ keluar 11,435 saman, sita 135 motosikal

IPOH – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah menyita 135 motosikal serta mengeluarkan 11,435 saman sepanjang empat hari Ops Khas Motosikal dilaksanakan bermula 1 November lalu.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, jumlah saman yang dikeluarkan itu adalah hasil pemeriksaan ke atas 31,851 motosikal dan 4,533 daripadanya telah diambil tindakan atas pelbagai kesalahan sepanjang operasi itu berlangsung.

Menurutnya, motosikal tersebut disita akibat gagal mematuhi peraturan yang telah ditetapkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) dan Kaedah- Kaedah di bawahnya

“Antara kesalahan yang dikenal pasti termasuklah tiada lesen memandu kompeten (CDL), Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh, tiada perlindungan insurans, kesalahan teknikal seperti tayar haus dan lampu brek serta nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi.

“Operasi ini dilaksanakan susulan daripada statistik yang membimbangkan dengan peningkatan trend kadar kemalangan dengan kematian secara bulanan yang telah direkodkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terutamanya melibatkan motosikal adalah sebanyak 1,908 buah atau 70 peratus.

“JPJ tidak akan berkompromi terhadap mana-mana penunggang atau pembonceng motosikal yang gagal mematuhi peraturan jalan raya ditetapkan dari semasa ke semasa,” katanya dalam sidang media di JPJ Perak di sini, pada Selasa.

Justeru, Aedy Fadly berkata, pihaknya akan sentiasa komited dalam memastikan keselamatan semua pengguna jalan raya serta berusaha meminimumkan kadar kemalangan dan kematian akibat nahas jalan raya yang melibatkan motosikal. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

JPJ laksana Operasi Khas Motosikal, tumpu lapan kesalahan utama

Ikuti kami di media sosial

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI