Kebakaran Arena Square: Penganjur majlis hari jadi direman seminggu

TELUK INTAN – Seorang penganjur majlis hari jadi direman seminggu bagi membantu siasatan kebakaran Dewan Arena Square di Jalan Raja, di sini yang dipercayai akibat percikan bunga api malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, perintah reman bermula hari ini sehingga 11 November itu dikeluarkan ke atas lelaki berusia 24 tahun supaya polis dapat menjalankan siasatan berhubung kejadian tersebut.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 436 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.

Terdahulu, MG Perak melaporkan, insiden sekitar jam 11 malam itu berlaku sewaktu acara sambutan hari jadi anjuran seorang individu yang telah menyewa dewan tersebut daripada Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI).

Siasatan awal polis bersama Unit Forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di lokasi mendapati, kejadian itu disyaki berpunca daripada percikan bunga api yang ditembak ke arah bumbung dewan sehingga mengakibatkan kebakaran di bahagian tersebut.

Susulan itu, seorang lelaki dipercayai penganjur majlis tersebut ditahan sekitar jam 3 petang semalam.

“Acara tersebut dihadiri kira-kira 500 orang dan penganjur telah menyediakan pelbagai jenis mercun serta bunga api untuk tetamu terbabit.

“Bagaimanapun, semakan mendapati penganjur tidak memiliki lesen yang sah untuk penggunaan bunga api dan mercun,” katanya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Kebakaran Arena Square: Penganjur ditahan, tiada lesen guna bunga api

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI