IPOH – Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) diminta meneliti pelbagai aspek sebelum membuat keputusan menukar lokasi perlawanan tertunda Liga Super antara Perak FC dan Johor Darul Ta’zim (JDT)
Perlawanan yang sepatutnya berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Manjung (MPM) Ahad ini, kini ditukar ke Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri di Johor.
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah berkata, keputusan MFL itu mengecewakan peminat bola sepak negeri ekoran perkara itu dibuat pada saat-saat akhir. – MGPerak