MGPerak: Perbuatan Persenda Institusi Raja Semakin Didengari – Sultan Nazrin

97

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah perbuatan mempersenda institusi raja semakin didengari disamping isu agama dan kaum yang turut disensasikan.

Baginda bertitah, sesungguhnya raja pemerintah berperanan penting untuk memenuhi tanggungjawab pemerintahan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Negara.

Titah baginda lagi, raja pemerintah turut berperanan utama menghubungkan tradisi dengan modenisasi, menghidupkan kekayaan sejarah dan keagungan tamadun bangsa, yang telah dibina melalui amalan budaya yang penuh adab lagi beradat, kehalusan budi dan keindahan bahasa, lalu dijadikan asas untuk membangunkan negara bangsa yang berdisiplin, maju, moden lagi progresif. – MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini