Belanjawan Perak 2025: Usaha sedia infra pelancongan menjelang TMM

TAIPING – Belanjawan Perak 2025 yang dijangka dibentangkan akhir bulan ini akan menumpukan usaha dalam membangunkan sektor pelancongan sebagai penyediaan menghadapi Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2026.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, dalam Mesyuarat Exco kerajaan negeri yang diadakan baru-baru telah memutuskan Exco Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Perak, Loh Sze Yee untuk melihat jika ada keperluan untuk membuat persiapan pada tahun hadapan.

“Kita mengambil kira 2026 adalah TMM dan dalam Mesyuarat Exco kita putuskan Loh supaya melihat jika ada keperluan untuk membuat persiapan (infrastruktur pelancongan).

“Jika ada keperluan untuk membuat persiapan contohnya perlukan jeti atau mana-mana infra yang kita fikirkan perlu untuk pelancong pada (TMM) 2026 pastikan kena buat pada tahun hadapan.

“Infra itu kita ada peruntukan yang mengambil kira portfolio pelancongan, ada buat persiapan untuk 2026,” katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu sidang media selepas menghadiri Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak 2024 Siri 8 Dewan Bunga Raya, Changkat Jering di sini pada Isnin.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan semua portfolio kerajaan negeri akan menerima peruntukan lebih pada tahun hadapan berbanding Belanjawan Perak 2024. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Rangkaian Hotel Casuarina cemerlang pada Anugerah Pelancongan Perak 2024

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI