Tiga ditemui lemas ketika aktiviti ‘water rafting’

GOPENG – Dua lelaki dan seorang wanita meninggal dunia dipercayai akibat lemas ketika mengikuti aktiviti ‘water rafting’ di Sungai Kampar di sini, petang tadi.

Difahamkan, ketiga-tiga mangsa peserta yang mengikuti program Team Building daripada Jabatan Kerja Raya Seberang Perai Tengah (SPT) dan Langkawi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu sekitar 5.56 petang.

Menurutnya, sejurus selepas menerima panggilan kecemasan itu, sepasukan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gopeng dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian didapati terdapat tiga orang mangsa yang lemas dan dinaikkan ke tebing sungai di dua lokasi berbeza oleh orang awam.

“Mangsa yang dinaikkan di lokasi pertama iaitu seorang lelaki dan seorang wanita maut manakala seorang lagi mangsa yang dinaikkan di lokasi kedua, disahkan meninggal oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM).

“Tindakan Ketua Operasi mengarahkan anggota memberi rawatan resusitasi kardiopulmonari (CPR) kepada kesemua mangsa dan dibantu oleh pihak KKM,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Dalam perkembangan sama, Sayani berkata, jarak perjalanan rafting adalah sejauh enam kilometer (km) menyusuri sungai tempat dipercayai mangsa dihanyutkan.

Katanya, arus berlaku selepas 4km perjalanan menyusuri sungai dan kesemua mangsa berjaya ditemui serta dinaikkan di kawasan yang sepatutnya aktiviti tersebut berakhir.

Beliau berkata, kesemua mangsa dibawa ke Hospital Kampar.

Artikel Berkaitan:

Lelaki orang asli ditemukan lemas ketika memancing

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI