Santuni Madani: MoU MIDF-KPB rancakkan pelancongan Pangkor

LUMUT – Malaysian Industrial Development Finance (MIDF) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Koperasi Pangkor Berhad (KPB), pada Ahad sebagai usaha merancakkan lagi industri pelancongan di pulau peranginan berkenaan.

Majlis berkenaan disempurnakan Ketua Pegawai Eksekutif MIDF, Azizi Mustafa bersama Pengerusi KPB, Azmi Abd Hamid sambil disaksikan kira-kira 10 ahli lembaga koperasi di Pangkor Village Beach Resort, Pulau Pangkor, dekat sini.

Menurut Azizi, inisiatif berkenaan merupakan usaha MIDF dalam menyahut saranan Kerajaan Persekutuan melalui Program Satu Pemimpin Satu Kampung atau Santuni Madani dan Kampung Nipah dipilih sebagai lokasi program.

santuni madani midf KPB pelancongan Pulau pangkor kampung kolam air terrin azizi azmi
Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Industrial Development Finance (MIDF), Azizi Mustafa dan Pengerusi Koperasi Pangkor Berhad (KPB), Azmi Abd Hamid pada majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Program Satu Pemimpin Satu Kampung (Santuni MADANI) antara MIDF dan Koperasi Pangkor Berhad (KPB) di Pangkor Village Beach Resort, Pulau Pangkor. Foto ABDULLAH YUSOF, 17 NOVEMBER 2024.

Kata beliau, perjanjian yang ditandatangani itu menggariskan peranan kedua-dua pihak dalam memastikan kejayaan beberapa projek yang sedang dan bakal dilaksanakan di situ.

Ujar Azizi, projek terawal yang sedang dilaksanakan adalah membaik pulih Kolam Rekreasi Air Terjun Teluk Nipah di Kampung Nipah yang menelan belanja RM50,000.

santuni madani midf KPB pelancongan Pulau pangkor kampung kolam air terrin azizi azmi
Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Industrial Development Finance (MIDF), Azizi Mustafa (kiri) dan Pengerusi Koperasi Pangkor Berhad (KPB), Azmi Abd Hamid pada sidang media majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Program Satu Pemimpin Satu Kampung (Santuni MADANI) antara MIDF dan Koperasi Pangkor Berhad (KPB) di Pangkor Village Beach Resort, Pulau Pangkor. Foto ABDULLAH YUSOF, 17 NOVEMBER 2024.

“Kami memilih kampung berkenaan kerana projek yang diusulkan merupakan produk pelancongan yang mempunyai potensi besar dalam sosioekonomi penduduk setempat.

“Malah, projek yang sedang dilaksanakan itu juga membantu kami menyahut inisiatif memperkasakan kelestarian flora dan fauna di Pulau Pangkor,” katanya pada sidang media selepas menandatangani MoU berkenaan, di sini, pada Ahad.

santuni madani midf KPB pelancongan Pulau pangkor kampung kolam air terrin azizi azmi
Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Industrial Development Finance (MIDF), Azizi Mustafa menyerahkan replika cek Program Satu Pemimpin Satu Kampung (Santuni MADANI) kepada Pengerusi Koperasi Pangkor Berhad (KPB), Azmi Abd Hamid pada majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara MIDF dan Koperasi Pangkor Berhad (KPB) di Pangkor Village Beach Resort, Pulau Pangkor. Foto ABDULLAH YUSOF, 17 NOVEMBER 2024.

Tambah beliau, projek yang memasuki fasa pertama itu melibatkan antaranya kerja-kerja memperbaiki kebocoran dan menguatkan struktur dasar kolam bagi mengelakkan hakisan.

Menurut Azizi lagi, kerja-kerja ke atas kolam berkenaan dijangka akan siap pada awal tahun hadapan, bergantung kepada situasi cuaca semasa.

santuni madani midf KPB pelancongan Pulau pangkor kampung kolam air terrin azizi azmi
Air Terjun Teluk Nipah, Pulau Pangkor. Foto ABDULLAH YUSOF, 17 NOVEMBER 2024.

“Berdasarkan lawatan tapak, kami dimaklumkan aktiviti seperti ‘glamping’ atau perkhemahan mewah serta merentas hutan mempunyai potensi besar untuk diwujudkan di Kampung Nipah.

“Justeru pada perancangan masa hadapan, kita akan melihat ke arah itu yang mana MIDF amat menyokong usaha menggalakkan aktiviti riadah yang sihat dalam kalangan pelancong,” katanya lagi.

Air Terjun Teluk Nipah, Pulau Pangkor. Foto ABDULLAH YUSOF, 17 NOVEMBER 2024.

Sementara itu Azmi memberitahu, KPB menyambut baik dan menzahirkan penghargaan terhadap MIDF atas kesediaan agensi di bawah Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) itu untuk menjalinkan kerjasama dengan pihaknya.

Jelas beliau, projek membaik pulih Kolam Rekreasi Air Terjun Teluk Nipah itu bukan sahaja akan memberi impak positif kepada 50 pengusaha resort di Kampung Nipah, malah kesan sama akan dirasai kira-kira 15,000 penduduk di Pulau Pangkor yang kebanyakannya terlibat secara aktif dalam sektor pelancongan.

Pengerusi Koperasi Pangkor Berhad (KPB), Azmi Abd Hamid pada sidang media majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Program Satu Pemimpin Satu Kampung (Santuni MADANI) antara MIDF dan Koperasi Pangkor Berhad (KPB) di Pangkor Village Beach Resort, Pulau Pangkor. Foto ABDULLAH YUSOF, 17 NOVEMBER 2024.

“Melalui usaha ini, KPB akan bertindak sebagai pemudahcara dalam memastikan setiap projek yang diusulkan dapat dilaksanakan dengan baik.

“Malah, kami juga akan menjadi sebagai mata dan telinga MIDF untuk memantau projek seperti baik pulih kolam berkenaan siap mengikut spesifikasi yang ditetapkan,” katanya lagi. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Pelancong seronok bercuti, Pulau Pangkor sudah ada air

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI