Lelaki ditemukan lemas 4.5 km dari lokasi hilang

TELUK INTAN – Mayat seorang lelaki tempatan yang hilang di Jambatan Batu 5, di sini pagi semalam ditemukan lemas oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada jam 9.30 pagi ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, mangsa Ng Weng Lum, 48, ditemukan di Kampung Tapak Semenang kira-kira 4.5 kilometer (km) dari lokasi dia kali terakhir dilihat.

Menurutnya, operasi SAR dimulakan pada jam 6.45 pagi dengan menggerakkan dua buah bot Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)  untuk membuat pencarian di sekitar kawasan operasi dengan kaedah pencarian di permukaan air (surface searching).

“Unit Anjing Pengesan (K9) dengan kekuatan dua ekor anjing pengesan dan tiga anggota membantu dalam operasi pencarian mangsa lemas.

“Turut terlibat dalam operasi SAR yang diteruskan pada jam 9 pagi tadi adalah JBPM, polis, Polis Marin, Pasukan Penyelamatan di Air (PPDA), Pasukan Bomba Sukarela (PBS), Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dengan kekuatan penuh 36 anggota dan logistik.

“Tindakan operasi adalah membuat pencarian di atas permukaan air di kedua-dua arah Sungai Perak menghala ke Teluk Intan dan ke Bagan Datuk.

“Pencarian dilakukan sekitar radius 12 km dari tempat mangsa dipercayai lemas menggunakan enam buah bot dari pelbagai agensi,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, mayat mangsa yang ditemui di Kampung Tapak Semenang kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 10.15 pagi. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Wanita hilang sejak Ahad ditemui lemas, hanyut 7 km

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI